Sukar untuk mencari wanita dengan waktu subur yang tepat setiap bulannya. Waktu subur lebih merujuk kepada waktu atau hari berlakunya ovulasi (pengeluaran telur dari ovari).
Ia berlaku sekitar 14 hari sebelum kedatangan haid berikutnya (jika wanita itu tidak hamil). Dalam erti kata lain, waktu subur pada bulan itu hanya dapat disahkan dengan pasti selepas kedatangan haid berikutnya.
Ini penentuan secara retrospektif (melihat kepada kejadian yang sudah berlaku).
Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tepat pada setiap bulannya misalnya setiap 28 hari atau setiap 30 hari, waktu subur boleh diketahui memandangkan tarikh haid berikutnya dapat diagak dengan tepat.
Ini dilakukan dengan menolak 14 hari daripada tarikh haid berikutnya. Misalnya, jika kitaran haidnya setiap 28 hari tanpa berubah-ubah setiap bulan, maka waktu suburnya pada hari ke-14 daripada hari pertama haid.
Jika kitaran haidnya setiap 30 hari tanpa berubah-ubah setiap bulan, maka waktu suburnya pada hari ke-16.
Namun, kebanyakan wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza contohnya, kadangkala 28 hari dan kadangkala 30 hari, maka waktu suburnya sukar dijangka dengan tepat melainkan hanya selepas didatangi haid berikutnya.
Kajian menunjukkan wanita yang lebih menumpukan hubungan seks kepada jangkaan waktu subur saja mempunyai peratusan kehamilan yang kurang berbanding wanita yang melakukan hubungan seks dengan kerap tanpa mengira waktu subur.
Atas sebab inilah, kebanyakan doktor lebih menasihatkan agar pasangan tidak terlalu bertumpu kepada waktu subur saja untuk melakukan hubungan seks.
Pemeriksaan ultra bunyi melalui faraj juga dapat membantu mengagak waktu subur berdasarkan ukuran saiz kantung folikel telur. Ini disusuli dengan pemberian suntikan hormon hCG untuk merangsang pematangan akhir telur dan mencetus ovulasi yang berlaku pada sekitar 36 hingga 40 jam selepas suntikan itu.
Cuti Hari Jumaat atau Sabtu?
4 weeks ago
0 comments:
Post a Comment