*Sedutan dari Berita Harian
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20080707125417/Article/
Perhimpunan 'Sejuta Rakyat' tak beri sebarang manfaat
PUTRAJAYA: Insiden mengaibkan pada perhimpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun anjuran Pakatan Rakyat semalam jelas membuktikan usaha pembangkang itu tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.
“Sebab itu kita tidak suka perhimpunan seumpama itu berlaku kerana ia membawa budaya liar.
"Apakah parti pembangkang nak galakkan budaya buka seluar dan tunjukkan punggung ini, apa manfaat yang boleh kita dapat.
“Apa pun yang kita nak buat, tertakluk kepada undang, bukan boleh buat apa sahaja yang kita suka. Dan bila polis bertindak, mereka akan kata polis tidak adil dan berat sebelah pula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.
Beliau mengulas insiden apabila seorang penyanyi jemputan yang dikenali Alak dari Kumpulan Carburetor Dung bertindak liar melondehkan seluar ketika membuat persembahan di Stadium Kelana Jaya, malam tadi.
Menurut laporan, penyanyi itu kemudiannya dibelasah oleh beberapa penonton.
Syed Hamid berkata sama ada penyanyi itu akan dikenakan tindakan atau tidak, terpulang kepada polis.
Mengenai latihan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2 Julai lalu, beliau berkata latihan itu bukan bermakna negara berada dalam keadaan tidak aman atau darurat akan berlaku.
“Latihan itu hanya sebagai meningkatkan tahap kesediaan, bukan ada sebab lain yang terselindung,” katanya. — Bernama
*Perjelasan lanjut dari Carburetor Dung
http://carburetordung.kerbau.com/2008/07/07/alamak/
Friends all, kami semua OK (Alak ada benjol sikit kat dahi). kami perlu berterima kasih pada pemuda-pemuda AMK (Angkatan Pemuda Keadilan - t-shirt biru) yang rata-rata marah tapi masih cuba sedaya-upaya menyelamatkan kami dari segerombolan pemuda-pemuda berbaju merah yang memang ready to rip us apart. With the help of AMK, we all managed to sneak out of the stadium (separately) after about 20 minutes being under siege.
The problem here is our song “Mari Nyanyi Menjilat”. Macam biasa, Alak did his exposing his underwear thing and of course dalam situasi panas tentang “liwat-meliwat” sekarang, aku rasa that gesture was misunderstood by the people there.
Some reports I saw also misquoted the title as “Liwat” instead of “Jilat”, so if some bloggers made the mistake, I’m sure a lot of the people in the stadium misunderstood too. So many took umbrage lah, thinking that we were making fun of Anwar. Actually I even explained to the crowd the gist of the song before we played it.
The thing is aku rasa Alak was in his “auto-pilot” mode. We have been playing that song for a long time and to a lot of people for years already and Alak have always been doing that to heighten the “satire”. The kids in the scene would get the joke all the time but we can’t expect the same from the public. That’s our mistake.
Anyways, apart from the guys in AMK, we also must thank Tom (Skitzofrenia) who shielded Alak from a lot blows, and in the process also got some benjol-benjol. Much thanks to Mad Yus (Apparatus), Poodien, Mirdza (Relationsheep), Black and many more who were there and helped out.
BTW; Mari Nyanyi Menjilat (not Mari Belajar Menjilat, as Malay Mail wrote) is about integrity or the lack of it; the mother of corruption…
0 comments:
Post a Comment