Monday, May 31, 2010

KRU lamar Anuar Zain

| Monday, May 31, 2010 | 0 comments



JIKA benarlah cerita yang Cik Normah dengar ini, rasanya Cik Normah hendak menjadi orang yang pertama mengucapkan tahniah kepada penyanyi lelaki ini. Gembira sungguh diri ini apabila mendapat tahu yang penyanyi kesayangan Cik Normah ini bakal menyumbangkan suara hebatnya untuk sebuah filem epik yang sedang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Walaupun masih belum ada perjanjian rasmi mengenainya dilakukan, namun angin sepoi-sepoi bahasa menyampaikan kepada Cik Normah yang penerbit filem ini begitu berminat untuk menyunting penyanyi ini untuk menyampaikan lagu latar filem ini.

Khabarnya, perbincangan sudah pun diadakan dan bagi pihak si penyanyi sendiri nampaknya menunjukkan minat untuk menjalinkan kerjasama. Dengar ceritanya, penyanyi lelaki kacak dan mempunyai ramai peminat ini berminat selepas mendengar lagu berkenaan ditambah dengan gandingan bersama kumpulan orkestra. Tentunya ramai yang ingin tahu siapakah penyanyi yang Cik Normah maksudkan, bukan? Jika tiada aral melintang, besar kemungkinan vokal mantap Anuar Zain bakal berkumandang menghiasi filem Hikayat Merong Mahawangsa yang diarahkan oleh Yusry KRU.

Wah! Bijak sungguh KRU memasang strategi untuk mempromosikan filem ini. Bagi Cik Normah sendiri, pemilihan Anuar sebagai penyanyi latar untuk filem inji memang tepat. Apatah lagi nyanyiannya nanti bakal diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia.

Terbayang-bayang Cik Normah akan kehebatan vokal Anuar bersatu dengan muzik yang dilantunkan oleh orkestra berkenaan. Pasti hebat! Hmm tak sabar Cik Normah menanti hasilnya.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com