Kes skandal video seks Ariel Peterpan, Luna Maya dan Cut Tari pernah menggemparkan industri hiburan Indonesia. Ia juga turut merebak ke Malaysia. Peminat ingin tahu perkembangan terbaru pasal mereka.
Namun sehingga hari ini mereka belum dihadapkan ke mahkamah. Bila agaknya mereka akan ke mahkamah?
Semasa Mangga Muda di Bandung, Indonesia, ingatkan masih hangat kes itu. Dalam kepala Mangga Muda pasti peminat masih berbicara pasalnya. Rupa-rupanya tanggapan Mangga Muda salah. Orang dah lupakan pasal mereka.
Program gosip selebriti di TV yang sebelum ini menyiarkan pelbagai sudut kisah mereka juga semacam tak berminat. Agaknya mereka sudah muak untuk bercerita pasal kes yang belum ada kesudahan itu. Lebih-lebih lagi tak ada perkembangan terbaru pasal kes mereka.
Kebetulan pula, kes cium Kris Dayanti dan kekasih baru, Raul Lemos yang mendapat perhatian dan menjadi paparan muka depan tabloid.
Mangga Muda ada tanya peminat di Bandung pasal kes itu. Ini kata mereka: "Mereka telah buat kesalahan, payah orang nak maafkan, tapi sebab tidak ada cerita baru, saya dah tak ambil kisah pasal mereka.
"Tak tahulah sama ada mereka masih di tahan di dalam lokap atau sudah dibebaskan." Peminat itu menunggu masa mereka dibicarakan untuk mengetahui siapa yang bersalah.
Mangga Muda tak lepaskan peluang meninjau rumah orang tua Ariel di Antapani, Bandung. Tapi kawasan itu sepi sebab baru lepas hujan. Rumah orang tua Ariel pula nampak sepi dan hanya ada penjaga rumah sahaja.
"Orang tua Ariel tidak tinggal di rumah itu lagi sejak kes video itu jadi hangat," kata satu sumber kepada Mangga Muda.
Cuti Hari Jumaat atau Sabtu?
4 weeks ago
0 comments:
Post a Comment