Tuesday, August 17, 2010

Sekitar Kes Penceraian Roslin Hashim dan Nurhayati Othman

| Tuesday, August 17, 2010 | 0 comments


AMPANG: “Saya hanya bercakap perkara benar dan biar semuanya diputuskan di Mahkamah Syariah kelak. Kebenarannya dan semua fakta akan hanya didedahkan di mahkamah nanti.”

Demikian kata isteri pemain badminton negara, Nurhayati Othman, 38, berhubung tuduhan penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman membuat laporan polis dengan mendakwa dia memberi maklumat tidak benar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Rabu lalu.

Nurhayati berkata, dia sanggup bersumpah dengan nama Allah tiada satu pun fakta yang dikeluarkan sengaja ditokok tambah atau dikurangkan.

Menurutnya, kenyataannya bukan cerita palsu atau rekaan berikutan ia pengakuan bersumpah atas nama Tuhan di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohamad.

“Saya tidak menjangka dan terkejut dengan tindakan Raja Azmi membuat laporan di Balai Polis Ampang Khamis lalu mendakwa saya menipu dan memberi maklumat tidak benar di mahkamah.

“Tindakannya itu sendiri (Raja Azmi) seolah-olah menghina mahkamah apatah lagi dengan pelbagai komen dari sebelah pihak yang kerap keluar di media (bukan kumpulan akhbar NSTP) sebelum perbicaraan kes itu berlangsung di mahkamah 1 September depan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Nurhayati turut membuat laporan sama di Balai Polis Ampang pada jam 1.15 tengah hari, Jumaat lalu.

Dia yang juga Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) terpanggil untuk berbuat demikian selepas membaca beberapa laporan artikel di akhbar tempatan.

Dalam laporannya, Nurhayati mendakwa tidak pernah menghantar sebarang SMS berbaur ugutan kepada Raja Azmi selain SMS terakhir dikirim pada jam 7.23 malam, 6 Ogos lalu, dengan niat untuk bertanya khabar Raja Azmi.

Bagaimanapun, kiriman SMS dihantar Nurhayati langsung tidak dibalas Raja Azmi sebelum insiden produser filem terbabit ditemui bersama suaminya, Roslin Hashim, 35, di bilik Hotel Corus, Jalan Ampang sehari selepas SMS itu dihantar.

“Laporan polis yang saya buat bertujuan menafikan saya berniat memfitnah Raja Azmi. Biar mahkamah memutuskannya kelak dan segala bukti akan hanya diketengahkan di hadapan hakim.

“Saya ingin nama saya dibersihkan berikutan ia mencemar reputasi dan nama baik saya apatah lagi saya bertugas sebagai penjawat awam. Jika ada yang ingin diperkatakan, biar ia didedahkan di mahkamah dan bukan hanya serangan melalui media,” katanya.

Menurutnya, walaupun sedikit kecewa, namun dia cuba untuk bangkit dan berfikiran positif dalam mengharungi dugaan berat berkenaan.

Nurhayati dalam kenyataan di mahkamah sebelum ini berkata, perceraian mereka berlaku selepas dia mendapati suaminya bersama penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman di sebuah bilik hotel di Jalan Ampang di sini, pada 7 Ogos lalu.

Dia mendakwa mendapat tahu Roslin dan Raja Azmi ke Hotel Corus dan mendaftar masuk di bilik 533 di atas nama Raja Azmi. Dia bersama ibu dan dua adiknya ke tingkat lima hotel itu dan menunggu suami Raja Azmi, Jalani Sidek untuk bersama-sama ke bilik 533 di tingkat tiga hotel itu.

Namun, katanya Jailani seolah-olah cuba melengahkan mereka ke bilik itu kerana dia sudah menelefon Roslin dan mengarahkannya keluar dari bilik itu. Dia mungkin bimbang mereka ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana berdua-duaan.

Difahamkan berlaku perdebatan antara Roslin dan Nurhayati sebelum lafaz cerai dijatuhkan Roslin terhadap isterinya yang baru dikahwini tidak sampai sebulan.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com