Pihak TV3 memohon maaf di atas keterlanjuran di dalam menyiarkan iklan Hari Raya Aidilfitri pada hari Jumaat, 3 September 2010 yang lalu yang telah menyinggung perasaan orang ramai.
Berikutan maklumbalas yang diberi oleh penonton-penonton TV3 dan orang ramai yang diterima pada hari Sabtu, 4 September 2010, pihak terbabit telah mengambil tindakan segera dengan menghentikan penyiaran iklan tersebut dan memohon maaf secara terbuka menerusi siaran Buletin Utama pada hari yang sama.
Iklan tersebut telah mencetuskan kemarahan umat Islam apabila perayaan Aidilfitri yang dianggap hari kemenangan umat Islam seolah-olah dihina dengan pelbagai unsur keagamaan lain. Malah ada pendapat menyatakan iklan tersebut cuba menyamakan Islam sebagai agama Kristian apabila kenderaan Santa cuba dijelmakan dalam bentuk yang dekat dengan kaum Melayu.
Maklumlah dewasa ini semakin banyak pendekatan halus yang cuba dijayakan untuk menarik umat Islam terpesong daripada akidah dan landasan yang benar. Cara termudah adalah melalui media. Dan bagus apabila masyarakat kita semakin peka dengan isu sebegini dan berani menyuarakannya lebih awal agar langkah pencegahan dapat diambil.
Mungkin jika unsur 1Malaysia cuba diterapkan dalam iklan lain yang tidak menyentuh sensitiviti agama, masyarakat Malaysia tiada masalah untuk menerimanya. Namun bila isu agama cuba dikomersialkan, adalah tidak wajar umat Islam terutamanya berdiam diri dan menerimanya sebagai satu unsur globalisasi.
Bagaimanapun, syukur iklan tersebut telahpun ditarik daripada disiarkan. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada semua pihak bahawa agama haruslah diletakkan di tempat tertinggi dan tidak harus diperkotak katikkan demi untuk mengaut keuntungan.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
3 days ago
0 comments:
Post a Comment