LIVERPOOL: Pengurus Roy Hodgson mahu Liverpool memberi 'hadiah' bermakna untuk pemilik baru kelab, New England Sports Ventures (NESV) dengan mencatatkan kemenangan menentang Everton, esok.
Skuad bimbingan Hodgson akan bertandang ke Goodison Park dengan matlamat mencatatkan kemenangan selepas dilanda kekalahan berpanjangan sebelum ini.
Juara Liga Perdana Inggeris sebanyak 18 kali itu kini terperosok dalam zon penyingkiran selepas melakukan permulaan musim yang terburuk dalam sejarah 57 tahun kelab itu.
Namun, masa depan Liverpool kembali menyinar apabila NESV memperuntukkan 300 juta pound (AS$480 juta) untuk mengambil alih kelab itu daripada pemilik sekarang, Tom Hicks dan George Gillett.
Hodgson dijangka diberi bajet yang besar untuk membaiki pasukannya dengan membeli beberapa pemain berkualiti,
Namun, Everton juga dalam bermasalah dengan melakukan permulaan musim yang kurang menyengat dan menyaksikan beberapa kekalahan kepada kelab itu. - AFP
Cuti Hari Jumaat atau Sabtu?
4 weeks ago
0 comments:
Post a Comment