Tuesday, October 19, 2010

Tren KTMB mula beroperasi di Stesen JB Sentral Khamis ini

| Tuesday, October 19, 2010 | 0 comments


JOHOR BAHRU: Semua tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Antara Bandar di bandar raya ini akan beroperasi di bangunan baru, di Stesen JB Sentral, mulai Khamis ini.

Menurut kenyataan KTMB di sini hari ini, Stesen Keretapi Johor Bahru sedia ada yang beroperasi sejak 1 September 1932 akan ditutup mulai hari sama.

Bangunan itu sedang dipertimbang untuk dibangunkan sebagai Muzium Mini KTMB Wilayah Selatan.

"Pemindahan lokasi ke Stesen JB Sentral dijangka bakal memberi banyak kelebihan kepada KTMB dan pengguna kerana stesen ini menawarkan ruang yang lebih luas dan selesa serta dilengkapi fasiliti yang lebih moden.

"Stesen JB Sentral mampu menampung sehingga 2,500 penumpang setiap hari berbanding 500 penumpang di Stesen Keretapi Johor Baharu," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata selain KTMB, premis lain yang turut beroperasi di bangunan JB Sentral ialah Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kesihatan Malaysia, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi. - BERNAMA

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com