Wednesday, December 29, 2010

ASN agih pulangan 6 sen seunit

| Wednesday, December 29, 2010 | 0 comments



KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) sebanyak enam sen seunit untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Agihan pendapatan tersebut merupakan peningkatan sebanyak 80 sen seunit berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 5.20 sen seunit.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pihaknya memperuntukkan pembayaran sebanyak RM89.88 juta sebagai bayaran agihan pendapatan ASN bagi tahun semasa.

Pembayaran tersebut melibatkan 1.18 juta pemegang unit yang melanggan 1.5 bilion unit ASN.

"Prestasi ASN sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010 adalah lebih baik berbanding tahun sebelum," katanya pada majlis pengumuman pengagihan pendapatan ASN 2010 di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com