Tuesday, December 14, 2010

Panglima Tentera Darat Korea Selatan berundur

| Tuesday, December 14, 2010 | 0 comments

SEOUL: Panglima Tentera Darat Korea Selatan meletak jawatan berikutan laporan mengenai pelaburan hartanahnya ketika ketegangan dengan Korea Utara susulan serangan artileri bulan lalu.

Jurucakap Kementerian Pertahanan berkata, peletakan jawatan Jeneral Hwang Eui-Don sudah diterima tetapi tindak menyatakan butirannya.

Pejabat Presiden juga enggan menyatakan kenapa Hwang berundur.

Agensi berita Yonhap melaporkan, jeneral terbabit yang dilantik ke jawatan sekarang pada Jun lalu, terjerumus dalam kontroversi berhubung perolehan keuntungan menerusi pelaburan hartanah.

“General Hwang menawar diri untuk bersara berikutan laporan media mengenai pelaburan hartanah beliau kerana berpendapat tidak wajar untuk beliau kekal dengan jawatan itu ketika beliau perlu menerajui perubahan dalam tentera darat," menurut Yonhap yang memetik seorang pegawai Kementerian Pertahanan yang tidak dinamakan sebagai berkata.

Peletakan jawatan itu adalah satu lagi tamparan kepada tentera Korea Selatan yang dikritik hebat kerana tindak balas tidak bermaya terhadap serangan artileri Korea Utara ke atas pulau berhampiran sempadan Laut Kuning yang dipertikaikan pada 23 November lalu.

Menteri Pertahanan, Kim Tae-Young, meletak jawatan selepas serangan itu yang meragut empat nyawa termasuk dua orang awam itu. - AFP

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com