IPOH: Seorang jurugambar Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) yang bertugas di sini, kehilangan sebuah kamera digital bersama lensa dan peralatan lain bernilai lebih RM20,000 selepas cermin keretanya dipecahkan penjenayah, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.35 malam itu, Muhaizan Yahya, 32, meletakkan kenderaannya di hadapan Pejabat NSTP di Jalan Datuk Seri Ahmad Said di sini, sebelum naik ke pejabat yang terletak di tingkat satu untuk mengambil komputer ribanya.
Sebelum itu, saya keluar dari pejabat NSTP jam 10.15 malam bersama kamera berkenaan, namun berpatah balik ke pejabat selepas menyedari komputer riba tertinggal. Sebaik meletakkan kenderaan di hadapan bangunan pejabat, saya bergegas naik ke tingkat satu pejabat untuk mengambil komputer riba.
Tidak sampai 20 minit kemudian ketika saya kembali semula ke kereta, saya terkejut apabila mendapati cermin belakang sebelah kiri dipecahkan dan kamera digital jenis Canon 50D bersama kelengkapan yang lain dilarikan, katanya di sini, semalam.
Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Sungai Senam, di sini pada jam 12.43 pagi.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
2 days ago
0 comments:
Post a Comment