SHAH ALAM: Pengeluar kereta nasional, PROTON Holdings Bhd, melancarkan Festival PROTON 1Malaysia di sebelas destinasi yang akan mempamer serta menonjolkan pencapaiannya selama 25 tahun dalam industri permotoran negara.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata matlamat festival yang berlangsung selama dua minggu itu ialah bagi membuka mata rakyat Malaysia mengenai pencapaian sebenar PROTON selepas berpendapat ramai rakyat Malaysia yang kurang faham mengenainya.
"Kita mengambil kesempatan untuk mempersembahkan sejarah kita dalam 25 tahun pencapaian kita dalam automotif industri negara ini supaya mereka faham dan bila mereka faham mungkin mereka akan ada perasaan kebanggaan atas apa yang telah dicapai Proton sejak 25 tahun yang lepas," katanya kepada pemberita setelah melepaskan 85 peserta konvoi dari Pusat Kecemerlangan PROTON di sini hari ini.
Konvoi 55 kereta PROTON pelbagai jenis dan dua Exora itu akan menjelajah 11 destinasi di seluruh negara iaitu Ipoh, Alor Setar, Kangar, Pulau Pinang, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Batu Pahat, Melaka dan Seremban sebelum kembali ke Shah Alam pada 31 Disember untuk acara penutup serta sambutan tahun baru.
Syed Zainal Abidin berkata, di setiap destinasi, satu karnival akan diadakan yang diisi dengan pameran kereta, pemeriksaan kenderaan percuma serta program rekreasi dan hiburan, termasuk konsert, untuk pengunjung.
"Kita ambil kesempatan dalam aktiviti-aktiviti konvoi ini untuk mengadakan kerja-kerja amal.
"Kita akan menderma alatan sekolah untuk anak-anak yatim di seluruh negeri," katanya.
Beliau juga yakin aktiviti itu akan menukar persepsi negatif yang mungkin wujud di kalangan rakyat Malaysia terhadap PROTON.
Syed Zainal Abidin berkata, di festival itu, selain kereta baru, PROTON turut mempamerkan teknologi yang dibangunkannya dalam program melibatkan 180 kakitangan.
Antara kereta yang bakal dipamerkan ialah Satria Neo Super 2000 yang menyertai Cabaran Rali Antara Benua dan Kejohanan Rali Asia Pasifik, Exora elektrik, model konsep hibrid EMAS serta kereta konsep Jebat dan Kasturi. - BERNAMA
Popular Posts
Saturday, December 18, 2010
PROTON lancar Festival 1Malaysia
Posted by
Berita Sentral Semasa Terkini
at
Saturday, December 18, 2010
|
Saturday, December 18, 2010
|
0
comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
THERE ARE MORE HERE
-
KECANGGIHAN gajet seperti kamera dan perakam video serta Internet yang lebih mudah diakses menyebabkan penyebaran imej dan klip video lucah ...
-
ICHIKAWA - Pelakon lucah paling tua di Jepun, Shigeo Tokuda , 75, menjalani proses penggambaran filem lucah terbarunya bersama seorang gadis...
-
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan bas RapidKL khusus untuk penumpang wanita dilancarkan secara rasmi hari ini yang akan menyusuri 15 laluan terpili...
-
Kerajaan Jepun belum putuskan terima cadangan ‘misi bunuh diri’ TOKYO: Pada umur 72 tahun, Yasuteru Yamada percaya beliau masih mempunyai ma...
-
KUALA LUMPUR: Enam bulan selepas pemergian ibu tercinta, anak sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buha...
-
KUALA PILAH: “ Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana?” Itu komen ringkas penyanyi yang popular dengan lagu Rendang Tak Berbuah, Hattan, sel...
-
JOHOR BAHRU: Curiga sang suami terhadap isterinya yang beria-ia mahu menggugurkan kandungan membongkar kecurangan wanita terbabit yang dikah...
-
Rebat pembelian untuk peti sejuk, penyaman udara cekap tenaga PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia kini boleh menikmati rebat bagi pembelian peralat...
-
PETALING JAYA: Selepas pembaca berita Buletin Utama, Saiful Nizam Ismail bertemu jodoh dengan juara Gadis Melayu musim pertama (GM1), Khairu...
0 comments:
Post a Comment