Thursday, December 30, 2010

Sistem komputer JPJ tergendala

| Thursday, December 30, 2010 | 0 comments



KUALA LUMPUR – Ribuan calon ujian memandu berkomputer Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara terpaksa ‘makan hati’ sejak tiga hari lalu ekoran sistem komputer ujian berkenaan mengalami masalah teknikal verifikasi dan pendaftaran calon.

Antara tempat yang terlibat dengan masalah tersebut ialah MyEG.com Sdn. Bhd. (MyEG), sebuah syarikat yang dilantik menjadi pusat ujian memandu berkomputer bagi semua sekolah memandu di negara ini.

Masalah itu menyebabkan calon lesen memandu termasuk mereka yang bekerja terpaksa berulang-alik ke pusat ujian atau membatalkan hasrat menjalani ujian berkomputer tersebut bagi mengelak urusan harian lain terjejas.

Turut menerima kesan adalah para guru sekolah memandu yang dipersalahkan ibu bapa calon yang tidak berpuas hati apabila anak mereka gagal menduduki ujian memandu berkomputer seperti yang dijanjikan.

Seorang wakil sekolah memandu di ibu negara, Wan Nurul Shahira Wan Ab. Rahman, 23, berkata, sistem ujian memandu berkomputer JPJ kendalian syarikat swasta yang dilantik kerajaan itu pasti akan tergendala pada setiap hujung tahun.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com