SEPANG – Kira-kira 9,000 calon peserta Program Khidmat Latihan Negara (PLKN) yang gagal menghadirkan diri ke program tersebut dari tahun 2003 hingga 2009 bakal dikenakan hukuman khidmat masyarakat tidak melebihi 240 jam.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, pelaksanaan hukuman itu yang bermula pada tahun ini dibuat mengikut Akta Latihan Khidmat Negara 2003 yang mula dikuat kuasa pada November 2009.
“Senarai nama mereka yang gagal hadir telah dihantar kepada pihak polis untuk siasatan dan jika mereka tiada alasan kukuh, kes mereka akan dirujuk kepada Peguam Negara,” katanya selepas lawatan kerja ke Kem PLKN Princess Haliza di sini semalam.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
3 days ago
0 comments:
Post a Comment