Tuesday, January 4, 2011

Ungku Salleh dilantik Ketua Pemuda UMNO Selangor

| Tuesday, January 4, 2011 | 0 comments



KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Serdang, Ungku Salleh Ungku Jamal dilantik sebagai Ketua Pemuda Selangor yang baru berkuat-kuasa serta-merta menggantikan Suhaimi Ghazali yang memimpin pergerakan itu hampir dua tahun.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata Suhaimi menerajui Pemuda UMNO Selangor dengan baik dan perubahan itu hanya membabitkan jawatan ketua pemuda negeri manakala barisan kepemimpinan yang lain kekal.

“Saya melihat kepada perkembangan terkini dan juga berbincang perkara ini dengan Suhaimi. Pemuda UMNO buat keputusan supaya diadakan perubahan sedikit dari segi pimpinan ketua pemuda negeri.

“Justeru saya ambil kesempatan itu untuk cari seorang pemimpin yang dapat meneruskan kesinambungan dari segi kerja yang dibuat Pemuda UMNO Selangor sebelum ini,” katanya dalam UMNO Online di sini, semalam.

“Pelantikan Ungku Salleh tepat pada waktu kerana ketika ini kita lebih tertumpu kepada persiapan untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Saya harap rakan Pemuda UMNO Selangor dapat terima baik keputusan ini dan memberi tekanan kepada kerajaan negeri yang semakin hari semakin tempang.

“Ia (pelantikan) diharap akan memberi rangsangan gerak kerja selain dapat terus menyatupadukan Pemuda UMNO Selangor.

“Saya minta supaya Ketua Pemuda negeri adakan mesyuarat secepat mungkin serta merangka strategi yang berterusan untuk memberi lebih penumpuan dan penekanan kepada persiapan pilihan raya umum nanti,” katanya dalam UMNO Online di sini, semalam.

Khairy berkata, kemungkinan turut berlaku beberapa perubahan di negeri lain selepas ini mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

“Permulaan di Selangor, mungkin ada satu atau dua negeri lagi yang saya masih tengah pertimbangkan. Jadi saya harap kepada Ketua Pemuda negeri yang lain, bolehlah anggap bahawa kita sentiasa nilai kepimpinan bukan saja dari segi prestasi tetapi juga dari segi kesesuaian,” katanya.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com