JAKARTA - Penyanyi kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani mencetuskan kontroversi semalam apabila dia membuat pengumuman mengejutkan buat semua peminat hiburan di Indonesia.
Ahmad Dhani yang diuar-uarkan sebagai bakal pengetua Akademi Fantasia Ke-9 (AF9) terbitan Astro itu mencetuskan seribu pertanyaan kerana dia menyatakan isterinya sedang hamil dalam program muzik, Dahsyat.
Menurut akhbar dalam talian KOMPAS.com, Ahmad Dhani, 38, membuat kenyataan itu semasa dia belum menyanyi dalam program tersebut di Studio 1, RCT1, Kebon jeruk, Jakarta Barat.
Akhbar itu membuat spekulasi bahawa isteri Ahmad Dhani itu ialah Mulan Jameela yang juga seorang penyanyi kini sedang hamil tanpa diketahui siapa bapanya yang sah.
"Ya, untuk isteri saya yang lagi hamil, semoga diberikan kelancaran hamilnya," ujar Ahmad Dhani yang juga seorang produser.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
3 days ago
0 comments:
Post a Comment