KUALA LUMPUR: “Jangan salah sangka kerana saya tidak memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan lelaki Melayu. Saya sudah lama terdedah kepada agama ini dan kerana keindahannya, saya tertarik untuk menjadi seorang Muslimah,” kata pelakon dan personaliti terkenal, Daphne Eleanor Iking.
Sebelum ini, gosip mengenai bintang filem Belukar berusia 32 tahun itu memeluk Islam menjadi tajuk hangat di laman web hiburan tempatan. Bagaimanapun, tidak lama kemudian Daphne menjelaskan kepada media, dia memeluk Islam awal bulan lalu selepas mempelajari selok- belok agama itu, Disember lalu.
“Selepas memeluk agama Islam, saya membuat keputusan berkahwin dengan lelaki pilihan hati, iaitu Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Joe. Majlis resepsi dilakukan di kampung halaman saya di Keningau, Sabah 8 Januari lalu.
“Majlis perkahwinan itu hanya dilakukan kecil-kecilan. Bagi saya, tidak perlu mengadakan majlis besar- besaran kerana yang penting adalah keutuhan rumah tangga berkenaan dan bukan majlis perkahwinan,” katanya, semalam.
Menurut Daphne, dia dan Joe adalah rakan kongsi dalam perniagaan.
Katanya, sejak mengenali hati budi masing-masing, mereka tertarik antara satu sama lain dan membuat keputusan menamatkan hubungan yang terjalin ke jenjang pelamin.
“Suami saya bersikap rendah diri dan tidak mahu terlalu menonjol di khalayak ramai mahupun media. Malah, saya mencintainya kerana sifatnya yang lemah lembut dan penyayang,” katanya.
Popular Posts
Sunday, February 27, 2011
Daphne Iking peluk Islam kerana minat
Posted by
Berita Sentral Semasa Terkini
at
Sunday, February 27, 2011
|
Sunday, February 27, 2011
|
3
comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
THERE ARE MORE HERE
-
It appears the recent arrests and shut-down of popular file sharing site MegaUpload may be making other sites question their positions afte...
-
ICHIKAWA - Pelakon lucah paling tua di Jepun, Shigeo Tokuda , 75, menjalani proses penggambaran filem lucah terbarunya bersama seorang gadis...
-
PUTRAJAYA: Keperitan dan penderitaan hidup penduduk Palestin terus mendapat sokongan rakyat prihatin di negara ini apabila lebih 1,000 peser...
-
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan bas RapidKL khusus untuk penumpang wanita dilancarkan secara rasmi hari ini yang akan menyusuri 15 laluan terpili...
-
HONG KONG: The locations of the 35 stations of the first Mass Rapid Transit (MRT) line from Sg Buloh to Kajang are expected to be finalised...
-
1. Untuk merangsang pengaliran susu yang cepat. 2. Mengelakkan bengkak payudara. 3. Pemberian susu awal (kolostrum) yang kaya dengan protin ...
-
KUALA LUMPUR: “Pada mulanya saya takut melanggar pantang larang ditetapkan nenek, tetapi demi wang ia akhirnya saya abaikan,” kata seorang g...
-
PETALING JAYA: Tahun 2010 yang akan melabuhkan tirainya memberi kenangan yang terindah buat insan-insan seni apabila mereka melangkah ke ala...
-
PETALING JAYA: Pengacara popular Marion Counter selamat diijabkabulkan dengan pasangannya pewaris Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin ...
3 comments:
Baru tau.
Puikkk
Puikkk
Post a Comment