Thursday, February 17, 2011

Konvensyen Bangsa bincang masalah Melayu 19 Feb

| Thursday, February 17, 2011 | 0 comments



KUALA LUMPUR, 16 Feb: PAS akan mengadakan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS pada 19 Februari ini untuk membincangkan masalah Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, konvensyen berkenaan akan menjawab segala kekeliruan mengenai kedudukan dan hak istimewa Melayu dan Bumiputera

"Konvensyen ini akan menjawab persoalan-persoalan yang cuba dikelirukan dalam masyarakat Melayu dan Bumiputera negara ini oleh Umno BN yang cuba membentuk sikap rakyat bahawa Pakatan Rakyat yang meminggirkan Melayu," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, dekat sini hari ini.

Ianya akan berlangsung di Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) dari jam 9 pagi hingga 5 petang dengan pembentangan beberapa kertas kerja.

Konvensyen itu akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan membentangkan kertas kerja "jaminan PAS " pada jam 2.30 petang.

Mengulas lanjut, beliau yakin melalui konvensyen itu dapat memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa PAS bersama Pakatan Rakyat akan mempertahankan segala perkara yang berkaitan hak dan keistimewaan orang Melayu.

"Selepas pilihan raya umum 2008 Umno BN cuba menimbulkan perkara-perkara bersifat sentimen perkauman kononnya Melayu terancam dan terpinggir.

"Jadi kita akan memberikan kefahaman kepada masyarakat khususnya Melayu dan Bumiputera di seluruh negara bahawa PAS bersama Pakatan Rakyat akan terus pertahankan segala perkara yang berkaitan keistimewaan Melayu dan Bumiputera yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Pada konvensyen itu juga PAS akan menjelaskan kepada rakyat bahawa situasi Melayu mundur adalah disebabkan kegagalan Umno BN.

"Sejak 53 tahun tahun yang dikatakan Melayu terpinggir dan terancam ini disebabkan tiada political will daripada pemerintah untuk mempertahankan agenda Bumiputera menyebabkan ianya berkecamuk," katanya.

Merujuk kepada penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, beliau berkata ianya satu lagi bukti bahawa agenda Melayu dan Bumiputera sebelum ini menemui kegagalan.

Namun ujarnya konvensyen berkenaan sudah dirangka beberapa bulan lalu bukan sebagai respon kepada penubuhan Teraju.

Selain Abdul Hadi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga akan membentangkan kertas kerja "Melayu Pulau Pinang dalam era Pakatan Rakyat".

Satu lagi kertas kerja '53 tahun merdeka kedudukan Melayu Bumiputera terhakis' akan dibentangkan oleh bekas pengerusi Bernama, Prof Datuk Abu Bakar Hamid yang juga bekas pensyarah Universiti Malaya.

Pesertanya terdiri daripada badan-badan bukan kerajaa (NGO), wakil parti dalam Pakatan Rakyat, tokoh-tokoh teertentu termasuk pensyarah dan mahasiswa daripada Melayu dan bukan Melayu.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com