KUALA LUMPUR: Seorang Mat Rempit yang menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya memberi alasan dia seorang pelakon lagak ngeri dan membuat penggambaran filem selepas ditahan polis dalam operasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka di sini, awal pagi kelmarin.
Ketua Unit Kuat Kuasa Khas Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid, berkata lelaki berusia 20-an itu ditahan selepas tersungkur sejurus melakukan aksi ‘wheelie’ pada kira-kira jam 4 pagi. “Selepas ditahan dia memberitahu bekerja sebagai pelakon lagak ngeri dan dalam proses penggambaran bagi filem terbaru mengenai kehidupan samseng jalanan.
“Bagaimanapun, dakwaannya palsu kerana sepanjang dia melakukan aksi berbahaya itu, tiada sebarang kelengkapan penggambaran mahupun kru bersamanya,” katanya.
Azmi berkata hasil pemeriksaan mendapati lelaki terbabit pernah ditahan pada Januari dua tahun lalu atas kesalahan sama. Pemeriksaan lanjut turut mendapati dia tidak memiliki lesen memandu, malah menunggang motosikal tanpa cukai jalan yang sah.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
4 days ago
0 comments:
Post a Comment