Friday, March 4, 2011

Diskaun kompaun DBKL hingga 10 Mac

| Friday, March 4, 2011 | 0 comments



KUALA LUMPUR: Orang ramai masih berpeluang memperoleh diskaun bagi bayaran kompaun trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berikutan tarikh akhir pembayarannya dilanjutkan hingga Khamis depan.

Pengurus Komunikasi Korporatnya, Anwar Mohd Zain, berkata lanjutan tarikh itu selaras keputusan kerajaan yang turut melanjutkan tempoh bagi saman trafik Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan lain.

Katanya, kegagalan orang ramai membayar tunggakan saman trafik DBKL sebelum tarikh berkenaan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk disenaraihitamkan.

“Jika mereka membayar sebelum 10 Mac akan dikenakan RM30, tapi perlu diingat kerana nilai kompaun ini hanya membabitkan mereka yang dikenakan tindakan sehingga 28 Februari.

“Bagi kompaun yang dikeluarkan selepas 1 Mac, kadar yang dikenakan dan tempoh pembayaran balik adalah seperti diluluskan kerajaan baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

Anwar berkata, proses pembayaran semula boleh dibuat pada waktu bekerja bermula 8 pagi hingga 5 petang setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad di beberapa kaunter bayaran DBKL.

Antaranya, Kaunter Bayaran Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut; Kaunter Bayaran Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah, Kaunter Bayaran Pejabat-pejabat Cawangan DBKL; Kaunter Bayaran Pejabat Zon Perumahan DBKL dan Kaunter Bayaran Pejabat Kecil Perumahan DBKL.

Untuk rekod, sehingga tahun lalu terdapat 1.2 juta tunggakan kompaun yang belum dijelaskan warga ibu kota.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com