Saturday, March 5, 2011

Majlis Perkahwinan Krisdayanti 24 Mac 2011

| Saturday, March 5, 2011 | 0 comments



JAKARTA: Penyanyi Krisdayanti akan melangsungkan perkahwinannya dengan Raul Lemos pada 24 Mac ini, sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-36.

Krisdayanti atau lebih di kenali dengan KD dilapor sudah sibuk menyusun senarai tetamu yang akan diundang ke majlis berkenaan.

Perkara itu dinyatakan oleh seorang wanita, jiran penyanyi itu di Pondok Pinang, Jakarta Selatan, semalam.

Dia mendakwa dikunjungi pekerja KD baru-baru ini.

“Mereka sudah mencatatkan nama orang yang akan dijemput. “Menurut pekerja itu, KD akan mencetak kadundangan,” kata wanita itu.

Menurutnya, dia diberitahu pekerja KD bahawa bekas isteri Anang Hermansyah itu akan melangsungkan perkahwinannya di Hotel Mulia, Senayan.

“Ya, majlis berkenaan akan diadakan di Hotel Mulia,” katanya.

KD dijangka mengenakan pakaian pengantin rekaan Anne Avantie pada majlis pernikahannya itu kelak. - Detik

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com