Wednesday, March 30, 2011

Pemilihan Barisan Pelajar AF9 Dilakukan Secara Telus

| Wednesday, March 30, 2011 | 0 comments



KUALA LUMPUR, 30 MAC 2011: Kesemua barisan 12 pelajar Akademi Fantasia 9 (AF9) telah pun diperkenalkan hari Selasa yang lepas. Seperti yang diketahui umum, tiga daripada mereka iaitu Afif, Azri dan Erul adalah merupakan bekas pelajar yang pernah memasuki program realiti anjuran stesen televisyen bukan terbitan Astro.

Adakah pemilihan mereka memberikan satu petanda bahawa bakat baru dalam bidang seni semakin berkurangan atau ianya juga satu tiktik tolak yang membuktikan bahawa mereka sendiri yang tidak pernah putus asa untuk mencuba nasib untuk bergelar penyanyi mahu pun penghibur?

Tidak mahu beriskap prejudis serta menutup mata terhadap bakat-bakat yang telah sedia ada ini, Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, buat pertama kalinya dalam sejarah AF, pemilihan pelajar dilakukan menerusi undian secara online melalui laman web rasmi AF selain penilaian daripada juri profesional berserta pihak produksi.

"Kesemua pelajar AF9 telah dipilih menerusi dua kaedah. Pertama menerusi undian secara online daripada peminat AF yang dilakukan melalui laman web AF. Yang mana, 50 peratus undian diambil kira daripada situ, manakala 50 peratus lagi diambil kira menerusi penilaian juri profesional beserta tenaga produksi.

"Sebab itu, jangan terkejut kalau lihat ada calon peserta yang dapat undian secara online yang agak tinggi tetapi tidak tersenarai sebagai barisan pelajar AF9. Sebab, markah keseluruhan yang diperolehi oleh mereka selepas dicampur dengan markah yang diberikabn oleh juri profesional berserta tenaga produksi, mungkin tidak banyak berbanding calon peserta lain.

"Pemarkahan yang diberikan oleh juri profesional berserta tenaga produksi ini pula adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang tertentu," katanya kepada murai.com.my.

Mengulas mengenai kehadiran tiga bekas pelajar yang pernah menyertai program realiti lain, kata Azlin, perkara tersebut tidak seharusnya dijadikan ukuran untuk bakat mereka ditolak ke tepi.

"Seperti yang saya cakap sebentar tadi, pelajar telah dipilih menerusi dua cara. Mereka bertiga telah terpilih jadi kami tak memandang kekalahan mereka yang lalu sebagai ukuran atau penyebab mereka tak boleh menyertai AF pula.

"Kami yakin mereka boleh digilap menerusi AF dan sebagai bukti, Stacy dan Riz juga pernah menyertai program realiti daripada stesen TV yang lain. Apabila mereka menyertai AF, kita dapat lihat bakat mereka semakin menyerlah serta sukses," jelasnya.

Selain Afif, Azri dan Erul, sembilan lagi pelajar yang dapat menyertai AF9 ialah Amir, Kay, Raqib, Aida, Eka, Laika, Lena, Miza dan Nera.

Ditanya mengenai siapakah gerangan yang bakal menduduki kerusi pengetua AF9, ujar Azlin, segala teka-teki mengenai penyandangnya hanya akan terjawab pada penonton menyaksikan Konsert Tirai AF9 yang akan diadakan di Aeon Jusco AU2, Setiawangsa, pada Sabtu ini (2 April) .

Malah kata Azlin, pada malam tersebut pihak produksi akan turut memperkenalkan pengkritik tetap AF bagi edisi akhir itu.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com