Tuesday, April 5, 2011

Hard Rock Cafe terbesar di Malaysia RM15 juta

| Tuesday, April 5, 2011 | 0 comments



HARD Rock Cafe Malaysia memilih Melaka untuk membuka cawangan ketiga dan terbesar di negara ini dengan menyediakan kemudahan tempat letak kereta bertingkat kepada pengunjung.

Pengerusi Hard Rock Cafe Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir berkata, pembinaan dengan kos RM15 juta itu akan dijalankan syarikat Sovereign Creations Sdn Bhd, dua bulan lagi. “Restoran di Jonker Street itu akan dilengkapi 180 kerusi dan kami menjangkakan ia mula beroperasi September depan.

“Kami berharap ia akan menarik lebih ramai pengunjung memandangkan kawasan itu sentiasa menjadi tumpuan umum,”katanya pada sidang media selepas majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sovereign Creations Sdn Bhd dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), yang diwakili Datuk Bandar MBMB,Zainal Abu di Hotel Casa del Rio, Kota Laksamana, di Melaka. Majlis penyerahan MoU itu disaksikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

‘Hard Rock Cafe Malacca’ itu adalah Hard Rock Cafe ketiga di negara ini selepas di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dan Batu Feringghi, Pulau Pinang. Sementara itu, Mohd Ali berkata, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelabur luar untuk membangunkan perniagaan mereka di Melaka.

“Saya percaya usaha pelaburan seperti ini mampu membantu mempopularkan lagi pelancongan di negeri ini. “Malah kita yakin pembinaan restoran ini bakal membantu kerajaan negeri mencapai sasaran 11 juta pelancong pada 2011,” katanya. Hard Rock Cafe diasaskan Isaac Tigrett dan Peter Morton pada 14 Jun 1971 di London.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com