SELEPAS sepanjang April ini menyaksikan nama-nama besar industri muzik global seperti Bruno Mars dan Justin Bieber muncul membuat persembahan konsert di Kuala Lumpur, kini tiba giliran kumpulan tersohor Maroon 5 pula.
Maroon 5 bakal menggegarkan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada pukul 9 malam Jumaat 29 April ini, sempena konsert jelajah bagi mempromosi album terkini mereka, Hands All Over.
Seperti Bruno Mars dan Justin Bieber, ini merupakan julung-julung kalinya Maroon 5 muncul di Malaysia.
Sepertimana yang pernah diberitahu oleh vokalis Maroon 5, Adam Levine menerusi satu temu bual bersama Kosmo! baru-baru ini, Maroon 5 ternyata sangat teruja untuk menemui peminat mereka di Malaysia.
“Nantikan kemunculan kami kerana kami akan menghiburkan anda semua dengan sepenuh jiwa,” ujar Levine.
Justeru, bagi sebarang info mengenai konsert tersebut anda masih boleh melayari laman web prworldwidelive.com.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
2 days ago
0 comments:
Post a Comment