Sunday, May 22, 2011

Kadar kompaun diselaras

| Sunday, May 22, 2011 | 0 comments


PBT, polis, JPJ kerjasama senarai hitam pesalah lalu lintas

PUTRAJAYA: Kadar kompaun bagi kesalahan lalu lintas di bawah bidang kuasa 12 majlis bandaraya di seluruh negara akan diselaraskan mengikut struktur kompaun yang ditetapkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) (Pindaan 2010), termasuk mengenakan kompaun lebih tinggi bagi mereka yang lewat membayarnya.

Penyelarasan kadar kompaun itu diperuntukkan mengikut Kompaun Baru Kesalahan Lalu Lintas dan Fii bagi Tindakan Mengapit, Mengalih dan Menyita Kenderaan mengikut APJ 1987 dan Akta Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengeluarkan pekeliling dalam masa terdekat mengarahkan semua majlis bandaraya terbabit menerima pakai pindaan berkuat kuasa sejak 1 Mac lalu itu, yang sudah digunakan polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pada masa sama, PBT juga bekerjasama dengan polis dan JPJ bagi menyenarai hitam pesalah lalu lintas dalam bidang kuasa mereka, seperti dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekarang.

Menterinya, Datuk Chor Chee Heung, berkata kadar maksimum kompaun adalah RM300 supaya tidak membebankan orang ramai manakala bagi pesalah yang melakukan tiga kali atau lebih kesalahan dalam tempoh dua bulan, kadar kompaun akan berganda tanpa mengira tempoh bayaran tetapi dihadkan pada RM300 setiap kesalahan.

“Setakat ini, saya difahamkan hanya 50 hingga 60 peratus yang bayar saman dikeluarkan polis dan dengan kaedah ini saya rasa dapat galak orang bayar saman dengan lebih cepat.

“Buat masa sekarang, ada kesalahan yang boleh dikuatkuasa oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi kadar kompaun adalah berbeza dan semua wakil kerajaan negeri yang menghadiri Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) hari ini (semalam) sudah bersetuju mengenai penyelarasan kadar kompaun terbabit," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat MNKT Ke-64 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, semalam.

Chee Heung menegaskan, mengikut Perkara 95(a) Perlembagaan Persekutuan, apa saja yang diputuskan oleh MNKT harus dibawa balik serta dilaksanakan di setiap negeri dan jika ada mana-mana dasar atau undang-undang yang tidak dapat diterima pakai dengan sepenuhnya maka ia boleh dipinda bagi disesuaikan mengikut negeri berkenaan.

Selain penyelarasan kompaun itu, mesyuarat MNKT turut mempersetujui lima kertas KPKT serta empat kertas makluman yang sudah mendapat kelulusan Kabinet sebelum ini seperti Dasar Perumahan Negara bagi menyediakan perumahan mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu milik.

Pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) 1984 pula mewajibkan pemasangan komunikasi jalur lebar sebagai kelengkapan asas sesuatu premis manakala pemaju banglo, bangunan berkembar dan bangunan berasingan milik kerajaan, komersial atau industri diwajibkan memasang Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH).

Chee Heung berkata, pemasangan SPAH dijangka dapat mengurangkan penggunaan air yang dirawat sehingga 75 peratus. Setiap isi rumah menggunakan purata 227 liter air sehari dan 25 peratus daripadanya adalah untuk menyiram tanaman, kegunaan tandas, dan mencuci, yang boleh menggunakan air hujan.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com