PETALING JAYA – Seramai 400 peniaga kecil bimbang kehilangan punca pendapatan apabila syarikat yang menguruskan pasar Bandar Sri Damansara dekat sini akan menutup pasar tersebut yang telah lebih 20 tahun beroperasi.
Pasar yang menjadi persinggahan utama hampir 60,000 penduduk di Bandar Sri Damansara untuk membeli barangan keperluan dapur dan juga menjamu selera itu akan ditamatkan operasinya pada 31 Julai ini.
Walaupun pelbagai tindakan dan usaha telah diambil termasuk menghantar surat kepada wakil rakyat dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sehingga kini nasib pasar tersebut masih belum diketahui.
“Sebelum ini pasar itu diuruskan oleh syarikat Land and General Berhad sebelum dijual kepada syarikat Isunagasari Sdn. Bhd.
“Harga sewa asal adalah RM250 kemudian dinaikkan lebih kurang 25 peratus oleh Isunagasari menjadi RM350 bagi peniaga makanan dan RM315 untuk pasar basah,” kata Setiausaha Persatuan Penjaja Bandar Sri Damansara, Jackie Tan pada satu sidang media di sini semalam.
Cuti Hari Jumaat atau Sabtu?
4 weeks ago
0 comments:
Post a Comment