"Menyambut Ramadhan kali ini ternyata memberi sisi berbeza buat kami. Tanggungjawab juga semakin bertambah selain komitmen masing-masing dalam dunia seni. Kami sedang membiasakan diri untuk melalui fasa baru ini. Kami yakin ia satu hijrah dan nikmat terbaik hidup sebagai pasangan suami isteri.
Mudah-mudahan bulan Ramadhan ini akan terus memekarkan haruman cinta dan kasih-sayang kami berdua,” ungkap Mizz Nina yang ditemui ketika majlis berbuka puasa anjurannya bersama Noh baru-baru ini.
Dalam masa yang sama, Noh juga memberitahu yang dia dan Mizz Nina seronok menjalani ibadah puasa bersama-sama. Jelas vokalis Kumpulan Hujan ini, kebiasaannya dia yang mengejut Mizz Nina untuk bersahur memandangkan dia sering berjaga malam.
“Saya selepas sahur baru tidur. Sebelah malam saya sibuk dengan kerja saya. Sudah terbiasa dari dulu lagi. Kalau bangun sahur itu, saya dan Nina hanya makan ala kadar sahaja. Untuk berbuka pula, tengok keadaan. Ada kalanya kami masak dan berbuka di rumah, kadang-kadang berbuka di luar dan pernah beberapa kali berbuka di rumah keluarga Nina,” cerita Noh.
Pasangan yang berkahwin pada 1 Julai lalu ini akan merayakan Aidilfitri di Kuching dan Miri, Sarawak selama beberapa hari. Bagaimanapun, raya pertama akan disambut di rumah keluarga Mizz dahulu yang terletak di Ukay Height, Ampang.
“Saya sebenar rasa cukup teruja untuk berhari raya di Kuching sebab selama ini saya memang tidak pernah berhari raya di kampung. Pasti suasana raya di kampung lebih meriah dan pengertiannya lebih terserlah.
Kalau di bandar, suasana raya tu biasa sahaja. Nanti di kampung Noh, saya akan tolong-tolong untuk sediakan juadah raya. Hendak masak sendiri, mungkin belum lagi.
Saya kena belajar dulu cara-cara memasak juadah popular Sarawak. Dah pandai nanti, bolehlah cuba masak pula,” tambah Mizz Nina lagi.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
4 days ago
0 comments:
Post a Comment