Wednesday, August 24, 2011

Nicaragua tawar suaka politik kepada Gaddafi

| Wednesday, August 24, 2011 | 0 comments



MANAGUA: Nicaragua akan menawarkan suaka politik kepada Muammar Gaddafi walaupun belum ada permintaan daripada pemimpin Libya itu setakat ini.

“Jika sesiapa yang memohon suaka, kami akan memberi jawapan yang positif kerana rakyat (Nicaragua) diberi perlindungan politik yang hendak dibunuh ketika pemerintahan diktator Anasatasio Somoza," kata Bayardo Arce, penasihat hal ehwal ekonomi kepada Presiden Nicaragua, Daniel Ortega kepada pemberita hari ini.

Arce bagaimanapun tidak menyatakan nama pemimpin Libya itu tetapi adalah jelas Gaddafi mungkin akan berpindah ke Nicaragua berdasarkan teori suaka selepas Managua tidak mempunyai kedutaan di Tripoli.

Media tempatan membuat spekulasi bahawa Gaddadi mungkin hidup dalam buangan ke Nicaragua kerana Ortega selama ini menjadi penyokong kuat kepada pemimpin Libya itu dan terbaru menyifatkannya sebagai "abang" dan "sahabat".

Ortega adalah antara pemberontak berhaluan kiri yang berjuang menentang pemimpin diktator, Somoza yang tamat pada 1979. - AFP

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com