Friday, August 5, 2011

Tambang bas dan kereta api di Singapura naik mulai 8 Oktober

| Friday, August 5, 2011 | 0 comments



SINGAPURA: Singapura akan menaikkan tambang bas dan kereta api mulai 8 Oktober depan, membenarkan pengusaha pengangkutan awam membuat pelarasan tambang satu peratus.

Majlis Pengangkutan Awam (PTC) dalam satu kenyataan hari ini berkata, jumlah itu adalah sangat rendah berbanding pelarasan tambang maksimum 2.8 peratus yang dipohon oleh pengendali pengangkutan awam (SBS Transit dan SMRT) sebelum ini.

Berikutan pelarasan itu, tambang kad dewasa untuk bas dan kereta api akan meningkat kepada dua peratus bagi setiap perjalanan, manakala tambang bagi kad konsesi warga emas akan naik satu peratus bagi setiap perjalanan.

Tidak ada perubahan bagi tambang kad konsesi kanak-kanak dan pelajar.

Tambang tunai untuk orang dewasa yang menaiki bas dan kereta api akan naik 10 peratus bagi setiap perjalanan jika mereka membuat pertukaran dalam perjalanan.

Namun, tiada perubahan tambang bagi warga emas dan kanak-kanak atau pelajar yang membayar tunai. - BERNAMA

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com