petikan di ambil dari laman forum halaqah online...
"saya mairah.... saya ada seorang kawan ni yang warak sangat.
dulu dia selalu beri ceramah kat saya ke arah kebaikan ni, tapi sekarang ni sejak dia kenal dengan seorang lelaki ni, dia sudah berubah.dia pakai kain tudung labuh dan warak sangat, tapi dia selalu keluar ngan lelaki ni.mairah nak nasihat dia, mairah takut mairah yang salah sebab mairah kurang ilmu berbanding dia.dia tak sedar kesalahan dia banyak sangat sehinggakan sanggup ponteng kuliah semata-mata untuk keluar dengan lelaki tu.sekarang result dia pun turun, mairah hanya nasihat setakat yang mairah tahu je, tapi dia tetap tak berubah.sekarang ni pun kami tak rapat lagi sebabkan lelaki tu.mairah takut dia hanyut begitu je....jadi apa yang mairah boleh buat?mairah harap sahabat halaqah semua boleh bantu mairah..."
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9174.0
alhamdulillah, bermula dari artikel ini, penulis akan berubah cara pendekatan penulisan dengan menjawab persoalan2x dari laman2x forum islam.. saya mengharapkan, penulisan berlandaskan persoalan dari laman forum, mungkin sedikit sebanyak membantu kita untuk lebih mendekati dan meluaskan pemikiran kita terhadap masaalah sosial...
Merujuk kepada persoalan yang di persoalkan oleh seorang yang bernama "mairah" berkaitan dengan masaalah ikhtilat. Ikhtilat, atau lebih sinonim dengan perhubungan antara berlainan jantina. Persoalan ikhtilat seperti ini selalu kita dengari mahupun dikeluarkan artikel2x di dalam laman web dan sbgnya. Mungkin kita sudah bosan mendengar perkara2x seperti ini, tapi inilah persoalan besar dan sangat mustahak terutama pada golongan remaja yang memiliki kenginan nafsu yang sangat tinngi bahkan baru ingin mengenali identiti masing2x.
Merujuk kepada jalan cerita yang diceritakan mairah, sahabatnya adalah seorang yang warak pada permulaannya, tapi akhirnya semakin hanyut ditenggelami cinta monyet dari seorang lelaki. MasyaAllah, betapa besar fitnah ikhtilat dalam kehidupan seharian kita. saya teringat sebuah cerita mengenai ahli abid di zaman yahudi, dimana pada permulaan hidupnya sangat warak, sehingga para malaikat memujinya atas ibadahnya yang begitu menakjubkan. Tetapi diakhir hayatnya mati dalam keadaan kekufuran setelah kecundang dengan godaan2x syaitan. Nah, lihat bagaimana seorang ahli abid yang begitu warak pun akhirnya jatuh kecundang. Apatah lagi kita sebagai insan yang begitu lemah, sudah tentu fitnah2x dunia akhir zaman menjadi sukar dilalui.
Perhubungan antara lelaki dan wanita seharusnya di jaga oleh diri kita. saya teringat akan nasihat negatif yang pernah diberikan oleh seorang fasilitator dalam sebuah program "buat apa nak jaga diri dari wanita?? kalau wanita itu dalam keadaan bahaya, jadi tak kan kita nak biarkan je, mesti kita nak tolong kan?" subhanAllah,saya kira dirinya jahil dalam perkara seperti ini... sesungguhnya, dalam keadaan yang bukan darurat di mana tidak ada apa2x urusan dengan seseorang wanita, seharusnya diri kita menjaga izzah antara satu sama lain. Perhubungan antara lelaki dan wanita tanpa kawalan akan diambil kesempatan oleh syaitan laknatullah untuk menyesatkan umat maknusia. Perhubungan tidak terkawal inilah yang akhirnya akan menyebabkan berlakunya perbuatan zina dan akhirnya gejala pembuangan bayi semakin berleluasa.
Di dalam perhubungan sosial,di mana amat perlu kita berhubung dengan berlainan jantina, etika perhubungan perlu di jaga agar tidak terpesong kepada perbuatan2x yang di murkai Allah.. Syaitan sentiasa memerhatikan kelemahan2x maknusia untuk menyesatkan kita... jagalah izzah antara berlainan jantina, dan berhubung hanya keadaan perlu. sesungguhnya kita adalah maknusia biasa, yang tidak dapat lari dari ganguan syaitan, mohonlah kepada Allah agar diri kita sentiasa di jaga dari kemurkaanNya. Jika perlu kita berlawak jenaka, pastikan jenaka tersebut tidak menyentuh unsur2x negatif yang akhirnya akan menumbulkan fitnah..
Namun, sesukar manapun fitnah2x di dunia akhir zaman ini, ianya masih tetap boleh dicegah dan dielakkan dari terus menyelubungi diri. Bagaimanakah untuk mencegah? kita perlu rujuk semula perkara2x asas di mana bagi diri kita menjadi perkara yang remeh tetapi sebenarnya ianya adalah perkara yang besar.
firman Allah dalam surah al ankabut ayat ke 45
“Dan dirikanlah olehmu solat, Kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar”
Allah telah pun memberikan kita petunjuk bahawa solat adalah pencegah bagi diri kita dari perbuatan2x yang dimurkai Allah.. namun, di dalam perkara solat, kita perlu kaji semula kesempurnaan diri kita melaksanakan solat itu sendiri.. apakah kita berjaya mencapai kekhusyukkan dalam solat? dan apakah betul tertib2x kita dalam bersolat? inilah perkara yang kita perlu kaji semula dalam mencapai kesempurnaan solat. Amat perlu bagi diri kita menyemak tertib kita dalam berwuduk, apakah menepati apa yang di landaskan, dan apakah wuduk kita sempurna. Kekhusyukan solat itu bermula daripada wuduk yang menjadi perkara pertama yang kita lakukan sebelum bersolat.
Berbalik kepada persoalan kita pada hari ini, bagaimanakah kita ingin menegur sahabat2x kita yang telah terpesong dari landasan yang benar. dalam perkara mengenai teguran, cara kita menegur perlulah menepati cara dimana teguran kita tersebut perlu berhemah. Janganlah kita terus meletakkan hukuman terhadap sahabat kita atas perkara dan kesalahan yang telah dirinya lakukan. Berilah teguran berbentuk kiasan ataupun berbentuk berterus terang tetapi tidak mengaibkan dirinya.
Jika kita ingin menegur, seeloknya dan sebaik-baiknya janganlah tegur dihadapan sahabat2x yang lain. perkara ini akan menyebabkan dirinya berasa tercabar dan benci terhadap teguran kita lalu teguran itu sendiri tidak akan memberikan apa2x kesan terhadap dirinya. Tegurlah dengan cara berakhlak. jika kita tidak mampu dalam menegur cara percakapan, gunakanlah pendekatan2x lain seperti menyebarkan artikel, menulis kata2x nasihat di dalam facebook dan sebagainya.. banyak laluan dan cara bagi diri kita untuk menegur dan tiada alasan untuk diri kita untuk tidak menegur.
Kita tidak boleh mengharapkan teguran kita tersebut akan diambil serta merta oleh sahabat yang ditegur, jika kali pertama tidak berjaya, ulanglah teguran itu berkali2x agar dirinya sentiasa dimainkan dengan teguran. InsyaAllah, jika dirinya selalu ditegur, sudah tentu akan terdetik di hatinya untuk kembali ke jalan yang benar. Antara cara yang lain adalah dengan mengambil hati sahabat kita seperti belanja makan, memberikan hadiah dan sebagainya. setelah hubungan itu menjadi rapat, jadikan diri kita sebagai pendengar dan akhirnya teguran itu akan menjadi lebih mudah dan berkesan..
dalam hal seperti ini, kita tidak boleh hukum sahabat kita itu yang bukan2x, cubalah untuk menegur dan berdoa kepada Allah agar dirinya mendapat petunjuk dan hidayah untuk berubah dan kembali kepada jalan2x yang lurus... insyaAllah...
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
5 days ago
0 comments:
Post a Comment