Adalah dimaklumkan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia 2011 yang akan diadakan di Dataran Merdeka , jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka akan ditutup bermula pada 10 September 2011 sehingga 16 September 2011 mulai pada pukul 6 pagi bagi tujuan persiapan dan latihan serta sambutan sebenar pada 16 September 2011.
Penutupan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Penutupan akan dilakukan pada tarikh tersebut dan akan dibuka semula setelah acara selesai. Jalan-jalan yang terlibat adalah:
JALAN TRAVERS / JALAN DAMANSARA
JALAN MAHAMERU / JALAN DAMANSARA (CARCOSA SERI NEGARA)
JALAN LEMBAH / JALAN PERDANA (MASJID NEGARA)
BULATAN HISHAMMUDIN / JALAN LEMBAH
JALAN TEMBUSU / JALAN LEMBAH
JALAN CENDERASARI/ JALAN PERDANA
JALAN KINABALU / SUSUR BUKIT AMAN
JALAN KINABALU / BULATAN HISHAMMUDIN
JALAN RAJA/ JALAN HISHAMMUDIN
JALAN LEBOH PASAR BESAR/ JALAN HISHAMMUDIN
JALAN LEBOH AMPANG / JALAN TUN PERAK
BULATAN DATO ONN / JALAN PARLIMEN
JALAN PARLIMEN / JALAN RAJA LAUT
JALAN SULTAN ISMAIL/JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN
JALAN MUNSHI ABDULLAH/ JALAN DANG WANGI
JALAN DANG WANGI / JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN
JALAN LEBOH PASAR BESAR / JALAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN
JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN / JALAN RAJA
Sila ambil maklum bahawa penutupan secara berperingkat-peringkat ini akan menyebabkan kesesakan pada waktu puncak pada hari-hari tersebut.
Sumber: hot.fm
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
2 days ago
0 comments:
Post a Comment