Saturday, September 10, 2011

Penduduk kampung baru bantah kerja ukur tanah

| Saturday, September 10, 2011 | 0 comments



PADANG BESAR: Sekumpulan penduduk Kampung Baru Batu 18 dekat sini membantah kerja menyukat tanah di kawasan itu yang dikaitkan dengan pengeluaran geran tanah untuk individu tertentu.

Kira-kira 80 penduduk berkumpul secara aman bagi menghalang kerja menyukat itu tetapi bersurai selepas kehadiran polis.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung itu, Che Mid Man, berkata penduduk kecewa kerana permohonan mendapatkan geran tanah sejak awal tahun 60-an tidak berhasil.
Bagaimanapun, beliau berkata baru-baru ini, penduduk mendapat tahu beberapa individu dari luar memperoleh geran tanah di kawasan yang mereka duduki.

Che Mid mendakwa selepas geran tanah dikeluarkan, ada pihak datang untuk menyukat tanah bagi kawasan yang ditawarkan hak milik itu.

Beliau berkata, perkara itu akan dipanjangkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Che Mid juga berharap Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Tinggi, Yip Sun Onn, yang hadir pada perhimpunan aman itu, membantu mereka menyelesaikan masalah tersebut.
Seorang penduduk, Azmi Che Pi, 37, berkata tanah yang didudukinya adalah warisan keluarga dan permohonan mendapatkan geran tanah dibuat sejak puluhan tahun lalu, namun tidak berhasil.

Beliau berharap penduduk kampung itu diberi keutamaan mendapatkan geran kerana mereka sudah lama mengusahakan tanah di kawasan itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Perhutanan dan Penguatkuasaan Perlis, Datuk Mat Rawi Kassim, ketika dihubungi berkata beliau akan menyiasat perkara tersebut daripada pelbagai sudut.

Beliau bercadang bertemu penduduk terbabit Isnin ini bagi mendapatkan gambaran jelas serta maklumat berkaitan perkara itu. - BERNAMA

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com