KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) disenaraikan sebagai antara 200 universiti terbaik di Asia oleh QS World University Ranking 2011 baru-baru ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Abdul Rahim Mohd Noor.
Beliau berkata, kejayaan itu hasil penganugerahan yang diberikan kepada Unimas atas kejayaan penyelidikan bertaraf antarabangsa universiti itu dalam beberapa bidang profesional.
"Untuk menjadi sebuah universiti 'emas', Unimas mesti memiliki golongan akademik, intelektual serta cendekiawan yang terbaik dalam menghasilkan graduan yang berstatus emas dan kelas pertama," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan kunci Dewan Tun Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA) di Kampus Barat Unimas di sini, hari ini.
Beliau berkata, untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan di Unimas, universiti yang kini berusia 19 tahun itu juga mesti menarik lebih ramai pelajar asing mengikuti pengajian di situ dengan menjalin lebih banyak kerjasama dengan universiti luar negara.
Katanya, Unimas juga perlu memperhebatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selain menawarkan perkhidmatan dan kemudahan kelas pertama setaraf dengan kepakaran serta teknologi yang sedia ada di universiti itu. - BERNAMA
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
5 days ago
0 comments:
Post a Comment