Thursday, January 19, 2012

General Motors rampas takhta Toyota

| Thursday, January 19, 2012 | 0 comments


TOYOTA giat memperkenalkan beberapa model baru di pasaran antarabangsa, manakala GM berjaya mengatasi kedudukan Toyota sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia tahun lalu.

Usaha keras GM berjaya jual 9.026 juta kenderaan pada peringkat global tahun lalu

GENERAL Motors Co (GM) merampas semula gelaran pengeluar kenderaan paling laris di dunia daripada pesaingnya, Toyota Motor Corp untuk 2011.

Namun begitu, syarikat automotif Amerika Syarikat (AS) itu berdepan cabaran untuk mengekalkan status itu berikutan Toyota sedang giat membina semula perniagaannya yang terjejas akibat bencana alam di Jepun awal tahun lalu.

GM, yang bangkit semula daripada muflis hampir tiga tahun lalu berkata, ia telah menjual 9.026 juta kenderaan pada peringkat global tahun lalu, naik 7.6 peratus daripada 2010, dengan jenama Chevrolet meraih rekod jualan 4.76 juta unit kenderaan.

Syarikat berpangkalan di Detroit itu kembali di tempat pertama sejak kali terakhir pada 2009 selepas ia melaksanakan penyusunan semula syarikat, sekali gus menghapuskan kos yang diwarisi sejak bertahun-tahun sebelumnya.

Kedudukan itu juga diperoleh semula selepas jualan Toyota jatuh dengan anggaran enam peratus tahun lalu kepada 7.9 juta kenderaan berikutan kekurangan pengeluaran kenderaan susulan krisis gempa bumi, tsunami dan nuklear di Jepun serta banjir teruk di Thailand.

Walau begitu kumpulan automotif Jepun itu sedang melipatgandakan pengeluarannya untuk membina semula kekurangan inventori dan akan menambah kapasiti pengeluarannya di pasaran sedang membangun seperti Brazil dan China tahun ini.

Tapi penganalisis berkata, ia juga akan berdepan dengan saingan sengit daripada pesaing yang akan meningkatkan pengeluaran mereka.

“Masalah besar Toyota adalah walaupun tanpa masalah bencana alam, jualannya tidak banyak meningkat sebenarnya,” kata Penganalisis Automotif JP Morgan, Kohei Takahashi.

“Kedudukan tidak berapa penting, tapi mereka perlu strategi yang meyakinkan untuk meningkatkan jualan,” katanya sambil menambah Toyota di belakang pesaing seperti Nissan Motor Co dari segi mengeluarkan kereta kecil bagi pasaran sedang membangun.

Jualan keseluruhan Toyota seluruh dunia termasuk anak syarikatnya Daihatsu Motors Co dan Hino Motors Ltd, masih meletakkannya di belakang Volkswagen AG yang mencatat jualan sebanyak 8.16 juta tahun lalu.

Toyota tidak memberi sebarang unjuran tahun ini, tapi berkata ia menjangka jualan kenderaannya saja akan meningkat 20 peratus daripada rekod 8.48 juta kenderaan tahun ini.

Gabungan jualan Daihatsu dan Hino hanya sekitar 850,000 saja. Sementara itu, Toyota dijangka akan menerbitkan rekod jualan 2011 pada bulan ini.

Saham Toyota naik 2.9 peratus pada pagi semalam di Tokyo manakala saham GM turut naik 1.3 peratus di New York. – Reuters

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com