Kee Sin kekal Presiden syarikat hartanah, tawaran baru RM3.95 sesaham
PERMODALAN Nasional Bhd dan Tan Sri Liew Kee Sin bersetuju membuat tawaran bersama, bagi mengambilalih SP Setia Bhd pada harga tawaran baru iaitu RM3.95 bagi setiap saham dan 96 sen bagi setiap waran.
Harga tawaran yang disemak semula itu lebih tinggi berbanding harga tawaran yang dikemukakan PNB sebelum ini iaitu RM3.90 seunit bagi saham biasa dan 91 sen seunit bagi waran.
SP Setia dalam pengumumannya kepada Bursa Malaysia berkata, sebagai pemberi tawaran bersama, Kee Sin yang juga Presiden dan Ketua Eksekutif pemaju hartanah terkemuka negara itu tidak perlu menerima tawaran yang disemak semula itu.
Beliau sebaliknya akan terus menjadi pemegang saham secara langsung dalam SP Setia yang berjumlah 158.2 juta saham, yang mewakili lapan peratus kepentingan syarikat itu.
“Tawaran bersama itu dipersetujui selepas perundingan antara semua pihak bagi menyeimbangkan tanggung jawab Lembaga Pengarah SP Setia untuk mendapatkan hasil yang terbaik bagi pemegang sahamnya dan tanggung jawab PNB bagi memelihara nilai pemegang unitnya.
“Mengikut tawaran baru itu, PNB, Kee Sin dan SP Setia akan memeterai perjanjian pengurusan yang menyaksikan Kee Sin kekal Presiden Kumpulan dan Ketua Eksekutif pemaju hartanah itu selama tiga tahun.
“Notis pengambilalihan yang disemak semula dengan tawaran baru itu sudah dihantar kepada Lembaga Pengarah SP Setia hari ini (semalam),” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, sebagai peneraju SP Setia, Kee Sin bertanggungjawab dan mempunyai kuasa eksklusif terhadap pengurusan dan kawalan umum perniagaan kumpulan sementara PNB kekal sebagai pemegang saham terbesar dan tidak akan masuk campur dalam pengurusan syarikat itu.
“PNB dan Kee Sin yakin tawaran yang disemak semula itu menyediakan landasan kukuh kepada semua pihak untuk bekerjasama dan menyumbang kepakaran, kebolehan dan kekuatan untuk membawa SP Setia ke peringkat yang lebih tinggi,” kata kenyataan itu.
Mengulas perkembangan itu, Kee Sin berkata, beliau menghargai tawaran baru PNB itu yang membenarkannya memberi tumpuan kepada tugas mengembangkan nilai syarikat bagi memanfaatkan semua pemegang saham.
“Selepas beberapa bulan berbincang, saya gembira kerana kami berjaya mencapai penyelesaian yang saya percaya penyelesaian menang-menang kepada semua pihak, terutama pelanggan, pekerja dan pemegang saham SP Setia.
“Sebagai Ketua Eksekutif SP Setia, saya berminat bekerjasama dengan PNB pada masa depan.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada PNB terhadap kepercayaan mereka kepada saya dan pasukan pengurusan dan kami akan bekerja keras bagi merealisasikan apa yang saya yakin kumpulan mempunyai prospek yang cerah, terutama dengan sokongan PNB sebagai pemegang saham institusi jangka panjang,” tambahnya.
Sehubungan itu, AmInvestment Bank Bhd kekal Penasihat Bebas dan akan terus menasihati pengarah dan pemegang saham SP Setia berhubung pengambilalihan itu.
Popular Posts
Friday, January 20, 2012
PNB setuju ambil alih SP Setia
Posted by
Berita Sentral Semasa Terkini
at
Friday, January 20, 2012
|
Friday, January 20, 2012
|
0
comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
THERE ARE MORE HERE
-
KECANGGIHAN gajet seperti kamera dan perakam video serta Internet yang lebih mudah diakses menyebabkan penyebaran imej dan klip video lucah ...
-
ICHIKAWA - Pelakon lucah paling tua di Jepun, Shigeo Tokuda , 75, menjalani proses penggambaran filem lucah terbarunya bersama seorang gadis...
-
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan bas RapidKL khusus untuk penumpang wanita dilancarkan secara rasmi hari ini yang akan menyusuri 15 laluan terpili...
-
Kerajaan Jepun belum putuskan terima cadangan ‘misi bunuh diri’ TOKYO: Pada umur 72 tahun, Yasuteru Yamada percaya beliau masih mempunyai ma...
-
KUALA LUMPUR: Enam bulan selepas pemergian ibu tercinta, anak sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buha...
-
KUALA PILAH: “ Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana?” Itu komen ringkas penyanyi yang popular dengan lagu Rendang Tak Berbuah, Hattan, sel...
-
JOHOR BAHRU: Curiga sang suami terhadap isterinya yang beria-ia mahu menggugurkan kandungan membongkar kecurangan wanita terbabit yang dikah...
-
Rebat pembelian untuk peti sejuk, penyaman udara cekap tenaga PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia kini boleh menikmati rebat bagi pembelian peralat...
-
PETALING JAYA: Selepas pembaca berita Buletin Utama, Saiful Nizam Ismail bertemu jodoh dengan juara Gadis Melayu musim pertama (GM1), Khairu...
0 comments:
Post a Comment