Sunday, January 8, 2012

Taktik baru murtad di laman sosial

| Sunday, January 8, 2012 | 0 comments



SEREMBAN: Kes murtad turut dikesan berlaku melalui hubungan cinta di laman sosial yang dianggap sebagai trend terbaru menjerat umat Islam, terutama wanita muda.

Mendedahkan perkara itu, Setiausaha Agung Himpunan Sejuta Umat (Himpun), Aminudin Yahaya berkata, perkara itu dikesan melalui pengakuan mangsa rata-ratanya golongan wanita berusia lingkungan 20-an.

“Ia dikatakan bermula melalui sesi perkenalan di laman sosial berkenaan sebelum ada antara mereka jatuh cinta dan mengambil keputusan untuk murtad dengan memeluk Kristian.

“Namun, melalui bantuan dan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, mereka berjaya dipulihkan kembali kepada ajaran Islam,” katanya pada sidang media selepas program Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Tertutup Paroi, di sini, semalam.

Kira-kira 3,500 orang menghadiri program bermula jam 9 pagi itu bertujuan menyelamatkan akidah umat Islam negara ini daripada terjerumus dengan usaha pihak tertentu supaya murtad.

Perhimpunan kali ketiga itu menampilkan penceramah antaranya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali; bekas Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Murtadza Ahmad; Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman dan Pengerusi Bersama Himpun, Azmi Abdul Hamid.

Program lebih tiga jam itu disertai dengan alunan zikir munajat dan persembahan nasyid, dan disusuli deklarasi Himpun serta laungan takbir sebanyak tiga kali oleh hadirin.



Menurut Aminudin, pemerhatian pihaknya mendapati kebanyakan kes murtad dilaporkan berlaku berpunca akibat dibelenggu kemiskinan dan keretakan keluarga, termasuk ‘saudara baru’ memeluk semula agama asal.

Justeru, pihaknya akan terus memperhebatkan program Himpun yang merangkumi langkah pencegahan, antaranya melalui penganjuran kuliah dan advokasi.

Kata Aminudin, perhimpunan Himpun keempat dijangka berlangsung di Pulau Pinang pada 28 Januari ini.

Hasan berkata, beberapa pemimpin Kristian mendakwa beliau sengaja membangkit isu murtad tanpa mengemukakan bukti dan ada kepentingan lain.

“Bagi tujuan pembuktian, saya mencadangkan satu pertemuan secara tertutup diadakan di antara pemimpin Kristian dan Islam,” katanya.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com