Showing posts with label Club 925. Show all posts
Showing posts with label Club 925. Show all posts

Tuesday, August 3, 2010

Nur Amalina serah diri

| Tuesday, August 3, 2010 | 0 comments

KUALA LUMPUR: Dalang sindiket skim cepat kaya, Nur Amalina Mat Rashid, 23, menyerah diri di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, di sini, petang semalam.

Suspek yang hadir bersama peguamnya kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah untuk diambil keterangan berhubung dakwaan mengatakan dia adalah ikon di kalangan ahli skim terbabit kerana sering hadir sebagai pakar motivasi dan berkongsi pengalaman mengenai kemewahan serta kekayaan dimilikinya menerusi pelaburan tidak wujud itu. Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata keterangan Amalina sangat penting bagi membuktikan sama ada dia terbabit atau tidak dalam skim cepat kaya itu.

“Keterangannya sudah direkodkan bagi memudahkan kita (polis) mengesan suspek lain yang mendalangi skim ini. Amalina diminta memberi keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada timbalan pendakwa raya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Rohaimi berkata, selain itu, seramai 16 suspek skim cepat kaya yang ditahan baru-baru ini sudah ikat jamin oleh seorang peguam kira-kira jam 8.30 malam semalam di Balai Polis Petaling Jaya. Jumaat lalu, akhbar ini melaporkan polis sedang mengesan Amalina bagi membantu siasatan terhadap satu skim cepat kaya yang berselindung di sebalik pelaburan produk kesihatan.

Readmore..

Friday, July 30, 2010

Penipuan MLM

| Friday, July 30, 2010 | 0 comments

KUALA LUMPUR: Kumpulan sasarannya ialah kakitangan kerajaan berpendapatan rendah yang dimomokkan dengan keuntungan amat lumayan mencecah enam angka serta kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit setiap satu.

TAHAN...antara ahli skim cepat kaya yang ditahan. Setiap kali pertemuan, deretan kereta mewah milik ‘upline’ antaranya BMW 5 Series, Nissan Fair Lady, BMW Z4 Spider, Mitsubishi Evo Lancer serta Nissan GTR Skyline akan diparkir di hadapan kafe atau restoran yang menjadi lokasi perjumpaan bagi memancing mangsa, selain menggambarkan keuntungan luar biasa yang bakal diperoleh.

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com