Showing posts with label final piala suzuki 2010. Show all posts
Showing posts with label final piala suzuki 2010. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

Rio Ferdinand Ucap Tahniah Kejayaan Malaysia

| Wednesday, December 29, 2010 | 0 comments



Jakarta - Pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand kembali memberikan komen soal Piala AFF 2010. Kali ini Ferdinand memberikan ucapan tahniah kepada Malaysia yang menjadi juara.

Malaysia menjadi juara Piala AFF 2010 mengalahkan Indonesia dengan agregat 4-2 di babak final. Di final kedua yang baru saja berakhir, Harimau Malaya tewas 1-2 kepada pasukan Garuda.



"Tahniah kepada Malaysia yang mengalahkan Indonesia di final Suzuki Cup," tulis Ferdinand dalam akaun twitternya @rioferdy5.

Ferdinand kemudian mengenang soal pra-musim yang dijalani The Red Devils ketika menghadapi pasukan Malaysia pada pertengahan tahun 2009 lalu.

"18 bulan yang lalu saya telah bermain melawan pasukan Malaysia u23. Mereka pasukan yang cukup baik," demikian ulasan pemain pertahanan pasukan England itu.

Readmore..

Malaysia julang Piala AFF Suzuki

| | 0 comments



JAKARTA: Malaysia mencipta sejarah membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF buat julung kali meskipun kalah 2-1 dengan Indonesia pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Dengan keputusan itu, ia menjadikan agregat 4-2 kepada Malaysia selepas pasukan negara menang 3-0 ke atas Indonedia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, Ahad lalu.



Malaysia mendahului Indonesia 1-0 menerusi jaringan penyerang Safee Sali pada minit ke-53 pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno.

Pada minit ke-88 pula, Indonesia mendahului Malaysia menerusi jaringan Muhammad Ridwan untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Pada babak pertama pula, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti.

Readmore..

Megawati 'demam' bola sepak

| | 0 comments



Bekas presiden republik gesa pemain tak cepat mengalah

JAKARTA: Ketua Umum Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDIP) Megawati SoekarnoPutri yang yakin pasukan bola sepak Indonesia dapat mengalahkan pasukan Malaysia dalam pusingan kedua perlawanan akhir Piala Suzuki AFF malam ini, menggesa segenap rakyat Indonesia menyokong pasukan merah putih itu.

“Garuda Harus di Dadaku!” kata Megawati dalam majlis ‘Refleksi Akhir Tahun 2010 dan Pelancaran Buku Memimpin Republik dengan Konstitusi’ di Megawati Institute, Jakarta Pusat, semalam.

Bekas presiden republik itu berharap pasukan Indonesia dalam perlawanan akhir itu dan menggesa setiap pemain ‘jangan pantang mundur menghadapi Malaysia.’

“Sekarang ini sedang demam bola. Saya berharap dan siapapun juga pasti berharap Timnas (pasukan kebangsaan) jangan pantang mundur,” kata beliau.

Megawati mendedahkan cucunya yang berumur lapan tahun juga sudah pandai memberikan semangat untuk Timnas.

“Cucu saya sendiri yang masih berumur lapan tahun juga bersemangat dalam Timnas. Dari kelmarin saya dan cucu saya berSMS menuliskan ‘Timnas Jangan Pantang Mundur, Garuda di Dadaku, Indonesia Negeriku, Jangan Mau Kalah Sama Malaysia’.

“Itu hebatnya kerana cucu saya masih lapan tahun sudah seperti itu,” kata Megawati dengan penuh bersemangat.

Sementara itu, Presiden Susilo Bambang Yudhiyono pastikan menonton perlawanan berkenaan yang akan diadakan di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) jam 8 malam ini.

Sebagai penyokong nombor satu, Susilo tidak akan ketinggalan menyaksikan laga penting berkenaan, kata Menteri Belia dan Sukan, Andi Mallarangeng.

"Oh, iya (menonton langsung). Presiden itu suporter nombor satu," kata Mallarangeng apabila ditanya sama ada Susilo akan akan menonton perlawanan itu.

Dalam dua pusingan perlawanan separuh akhir melawan Filipina, presiden itu juga hadir di stadium GBK. Turut hadir, isterinya Ani Yudhoyono dan beberapa menteri, termasuk ketua utama parti Golkar, Aburizal Bakrie.

Pada pusingan akhir perlawanan akhir di Kuala Lumpur Ahad lalu, Susilo tidak hadir, tetapi Mallarangeng, ketua Dewan Perwakilan Rakyat, Marzuki Alie dan Menteri koordinasi kesejahteraan rakyat, Agung Laksono menyaksikan perlawanan itu di stadium Bukit Jalil. – Agensi

Readmore..

Mahu akhiri kempunan 14 tahun: Safiq

| | 0 comments



'Kami perlu fokus, disiplin tinggi sepanjang 90 minit'

DENDAM menebus kekalahan pertama kepada Indonesia sudah dilunas skuad negara di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu, kini kapten Malaysia, Safiq Rahim (gambar kecil) mahu mengulangi kemenangan ke atas lawan dari seberang itu untuk meraih mahkota kejuaraan pertama.

“Saya mahu menamatkan kemarau 14 tahun negara dan menjulang Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno,” kata Safiq. “Saya yakin kami akan pulang sebagai juara.”

Kali terakhir skuad kebangsaan beraksi di kancah final adalah ketika Piala AFF yang dikenali sebagai Piala Tiger mula diperkenalkan pada 1996, tetapi tewas 0-1 kepada Thailand untuk pulang selaku naib juara sahaja.

Menurut Safiq, sukar buat Indonesia mengulangi kemenangan 5-1 ke atas Malaysia kali ini, dan memerlukan keajaiban untuk mengatasi kelebihan tiga gol tanpa bekalan gol di tempat lawan.

“Kami perlu mengekalkan kelebihan yang ada ini dengan melakukan apa yang sudah kami lakukan sepanjang kempen ini,” kata Safiq. “Kami perlu kekal fokus dan disiplin pada baki 90 minit nanti.

Malaysia turun tanpa Mohd Amirulhadi Zainal dan Mahali Jasuli yang mengumpul kad kuning kedua pada aksi di Bukit Jalil, manakala Indonesia turut kehilangan Oktavianus Maniani atas sebab yang sama serta Yongki Ari Wibowo kerana kecederaan

Readmore..

Sunday, December 26, 2010

Piala Suzuki AFF: Malaysia menang bergaya 3-0 ke atas Indonesia

| Sunday, December 26, 2010 | 0 comments







KUALA LUMPUR: Malaysia menang selesa 3-0 ke atas Indonesia 3-0 pada final pertama Piala Suzuki AFF, di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Gol Malaysia diperoleh menerusi Safee Sali pada minit ke-60 dan 72, manakala Asaari Shamsudin pada minit ke-67.

Skuad negara akan bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta Rabu ini untuk final kedua.

Dengan kemenangan itu, Malaysia semakin hampir mendakap Piala Suzuki AFF dengan berbekalkan tiga gol di Indonesia nanti.

Perlawanan agak seimbang pada separuh masa pertama tetapi beberapa peluang Malaysia untuk mendahului tidak dapat disempurnakan.

Masuk separuh masa kedua, Malaysia menggandakan asakan dan pada minit ke-50 pengadil terpaksa menangguhkan perlawanan hampir 10 minit berikutan tindakan penonton memancarkan cahaya laser ke arah pemain.

Readmore..

AFF ancam Indonesia pindahkan venue final kedua

| | 0 comments



JAKARTA: Minat besar penyokong Indonesia untuk menyaksikan pasukan nasional mereka beraksi dalam perlawanan kedua Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta menentang Malaysia mungkin tidak menjadi kenyataan apabila sekumpulan penyokong merusuh dan merosakkan beberapa kemudahan di stadium itu petang ini.

Sehubungan itu, Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) memberikan amaran kepada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) kerana kekecohan yang dilakukan oleh penyokong Indonesia, selepas mereka hilang kesabaran ketika menunggu giliran untuk membeli tiket di stadium itu.

"Tiga jam yang lalu, AFF telah menghubungi saya dan memberi amaran keras. Jika stadium dirosak orang ramai, maka pertandingan final kedua tidak akan dilaksanakan di Gelora Bung Karno," kata Ketua PSSI, Nurdin Halid di Kuala Lumpur yang diwawancara secara langsung oleh TVOne pada 4 petang tadi.

"Kerana itu, saya mohon supaya penyokong dapat kembali tertib dalam menunggu giliran membeli tiket kerana jika benar pertandingan final kedua itu nantinya dilakukan di tempat neutral, pasti akan merugikan pasukan kita," katanya.

Beliau mendapat laporan bahawa penyokong yang dikumpulkan di dalam stadium tersebut berjumlah kira-kira 50,000 orang, sementara tiket kelas 3 berharga Rp50,000 yang dijual hari ini hanya berjumlah 30,000 saja.

"Jadi pasti ada yang akan tidak mendapat tiket, tapi jangan khuatir kerana kami menyediakan layar lebar di luar stadium supaya penyokong tetap dapat menyaksikan pertandingan ini," katanya.

Menurut Nurdin, kekecohan itu didorong beberapa provokator sehingga penyokong tidak dapat membeli tiket seperti pembelian tiket pada hari-hari sebelumnya.

Pengelola Stadium Gelora Bung Karno, M Nigara, mengaku beliau terkejut dengan tingginya harapan masyarakat untuk menonton perlawanan akhir Piala AFF itu.

Had kapasiti stadium, katanya, tidak dapat menampung lebih daripada 83,000 penyokong dan sehubungan itu beliau meminta mereka dapat nenerima hakikat itu.

Penyokong yang dibenarkan berada di dalam stadium sementara menunggu giliran membeli tiket, tiba-tiba merusuh yang dipercayai berpunca daripada mereka hilang sabar akibat keletihan menunggu sejak semalam dan pagi ini.

Mereka merosakkkan pagar penghadang dan rumput padang dan dalam keadaan itu, beberapa di antara mereka pengsan kerana mungkin keletihan kerana datang untuk membeli tiket sejak semalam dan menginap di luar stadium.

Mereka juga tidak menghiraukan cuaca panas dan hujan semasa menunggu giliran membeli tiket. - BERNAMA

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com