Showing posts with label julian assange ditahan. Show all posts
Showing posts with label julian assange ditahan. Show all posts

Sunday, December 19, 2010

Wanita berusia 31 dan 27 mengaku jadi mangsa Assange

| Sunday, December 19, 2010 | 0 comments



STOCKHOLM: Dua wanita Sweden yang menuduh pengasas WikiLeaks, Julian Assange merogol dan memperkosa mereka, masing-masing berusia 31 dan 27 tahun, menurut sumber di sini.

Wanita berusia 31 tahun itu adalah seorang aktivis, manakala mangsa kedua adalah seorang wanita yang amat terpikat dengan perwatakan dan kebolehan Assange.

Sejak dakwaan yang disifatkan Assange sebagai kempen menjatuhkannya, kedua-dua wanita berkenaan menjauhi daripada publisiti.

Salah seorang daripadanya berpindah ke Palestin untuk satu misi mubaligh Kristian dan seorang lagi memutuskan talian telefon.

AFP tidak memberikan butiran lanjut identiti mereka yang masih dirahsiakan pihak pendakwaan Sweden.

Mereka dipanggil sebagai Miss A dan Miss W, nama yang diberikan di Mahkamah Britian ketika pertuduhan terhadap Assange didengar di London.

Kedua-dua wanita berkenaan dikatakan mula mengenali Assange pada satu majlis pada 14 Ogos lalu.

Pada hari berkenaan, Assange, warga Australia berusia 39 tahun itu sedang mengendalikan satu seminar di Stockholm anjuran sebuah sayap Kristian Parti Sosial Demokratik bertajuk “The First Casualty of War is Truth”.

Miss A ketika itu bekerja dengan sayap parti berkenaan dan bertindak sebagai pegawai tidak rasmi antara Assange dengan wartawan sepanjang lawatannya ke Sweden.

Dia juga dikatakan membenarkan Assange tinggal bersamanya ketika tiba di Stockholm pada 11 Ogos, menurut transkrip polis yang diperoleh AFP.

Miss A dan Assange dikatakan beberapa kali mengadakan hubungan seks di rumahnya di sebuah rumah pangsa di Stockholm, menurut sebuah akhbar tabloid Sweden.

Wakil pendakwaan Sweden memberitahu mahkamah di Britain bahawa berlaku 'seks paksaan' pada 14 Ogos apabila Assange mengurung Miss A untuk memehuni nafsunya.

Pada 18 Ogos pula berlaku satu lagi kes apabila Assange melakukan 'seks luar tabii' terhadap Miss A tanpa memakai kondom walaupun Miss A membenarkan dengan syarat menggunakan kondom.

Bagaimanapun, Assange masih tinggal di rumah pangsa Miss A sehingga 20 Ogos, termasuk menemaninya dalam satu majlis keraian pada 15 Ogos.

Miss W pula juga pernah menghadiri majlis ceramah Assange pada 14 Ogos dengan duduk di barisan paling depan bersama beberapa wartawan lalu.

Latar belakang dan pekerjaannya tidak banyak diketahui tetapi punca dan sebab dia terpikat dengan Assange banyak dijelaskan dalam kenyataannya kepada polis.

Miss W mengakui sangat terpegun dan terpikat dengan Assange apabila menonton satu siran televisyen mengenai Assange yang memperkatakan mengenai pembocoran maklumat Amerika pada Perang Afghanistan.

Apabila mengetahui pengasas WikiLeaks itu memberi ceramah di Stockholm pada 14 Ogos, dia meluangkan masa sepanjang petang itu untuk bersama Assange dan rakannya, sebelum kedua-duanya menonton wayang bersama.

Dua hari kemudian, kedua-duanya pergi ke rumah Miss W di Enkoeping, kira-kira 50 kilometer di barat daya Stockholm dan di rumah itu, Miss W mendakwa Assange merogolnya tanpa menggunakan kondom ketika dia sedang tidur. - AFP

Readmore..

Thursday, December 16, 2010

Keputusan ikat jamin Assange hari ini

| Thursday, December 16, 2010 | 0 comments

LONDON: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange, akan mengetahui hari ini sama ada mahkamah Britain akan membenarkan ikat jamin ketika beliau berusaha menghalang ekstradisi ke Sweden berhubung dakwaan jenayah seksual.

Permohonan beliau akan didengar di Mahkamah Tinggi di London yang akan menentukan sama ada Assange akan dibenar meninggalkan penjara Wandsworth selepas peguam yang mewakili Sweden mencabar perintah hakim kelmarin supaya beliau dibebaskan dengan syarat ketat.

Sweden mahu Britain menyerahkan Assange untuk disoal siasat berhubung dakwaan beliau melakukan serangan seksual terhadap dua wanita di Stockholm Ogos lalu tetapi penyokong warga Australia berusia 39 tahun itu menegaskan proses berkenaan adalah bersifat politik.

Jika dibenarkan ikat jamin, Assange perlu tinggal di kediaman Vaughan Smith, iaitu kelab media di mana WikiLeaks menempatkan sebahagian daripada operasinya.

Pada perbicaraan kelmarin, Assange dibenarkan ikat jamin dengan syarat beliau membayar bon keselamatan 200,000 pound (€235,000) dengan tambahan 40,000 pound lagi dalam bentuk jaminan. - AFP

Readmore..

Tuesday, December 7, 2010

Pengasas WikiLeaks, Julian Assange, ditahan di UK

| Tuesday, December 7, 2010 | 0 comments



LONDON: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange, menyerah diri kepada polis Britain hari ini bagi membantu siasatan jenayah seksual di Sweden.

Assange ditahan pada jam 9.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) dan dijadual dihadapkan ke Mahkamah Majistret Westminster Magistrate hari ini.

Assange bersembunyi di satu lokasi tidak dinyatakan di Britain sejak WikiLeaks mula menyiarkan ratusan perhubungan diplomatik Amerika Syarikat di Internet minggu lalu. - AP

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com