Popular Posts
Wednesday, January 4, 2012
Video permohonan maaf Nur Amalina Che Bakri
Nur Amalina mangsa fitnah

JOHOR BAHRU: “Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun akhir dalam bidang perubatan,” kata Sabariah Hassan, 52, ibu pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri.
Sabariah berkata demikian ketika mengulas dakwaan anaknya gagal dalam pengajian kerana mengamalkan gaya hidup bebas seperti tersiar dalam sebuah blog dan kini tersebar luas di Internet termasuk menerusi laman sosial facebook.
Menurut Sabariah, Nur Amalina, 23, yang menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK) baru menamatkan pengajian dalam bidang farmakologi dan kini meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di tahun akhir.
“Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia.
“Malah, dia kini bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan yang akan dijadikan rujukan kepada pensyarah, pelajar dan pengamal perbuatan. Buku itu dalam proses akhir untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Monday, January 2, 2012
Kontroversi Nur Amalina Che Bakri
Benarkah Nur Amelina Che Bakri Pelajar 17A1 Jadi Begini?
DI SUATU TIKA DAHULU.....

KINI.....



Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL.
Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan.
Beliau mencipta nama yang paling hebat
Beliau belajar dan mengulangkaji pelajaran melalui televisyen dan internet. Beliau meminati program-program realiti televisyen seperti siri Fear Factor, The Apprentice, National Geographic dan Discovery Channel kerana beliau sukakan sesuatu yang mencabar dan menjadi inspirasi lepada beliau.
Beliau sentiasa melayari intenet untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dalam pelbagai perkara serta mempunyai kenalan terdiri dari pelajar luar negara untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat.
Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Farley’s Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu (darjah 1), Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bharu (darjah 2-4), Sekolah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bharu (darjah 5) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram (darjah 6).
Beliau pernah menyertai 50 pertandingan seperti sayembara puisi dan lagu, pidato, syarahan, bercerita, kuiz, melukis, menggubah, bersajak dan pernah dimahkotakan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 serta Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad.
Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Persatuan St. John Ambulans, Setiausaha Pasukan Rumah Kuning, Naib Bendahari Kelab Pencegah Jenayah dan Ketua Pasukan Badminton sekolah semasa beliau di tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Semangat dan cita-citanya yang tinggi untuk mencapai kejayaan tidak menghalang beliau bergiat aktif dalam bidang kokurikulum.
Kejayaan beliau dalam peperiksaan SPM 2004 juga adalah berasaskan kepada inisiatif beliau yang suka berjumpa guru untuk berbincang mengenai pelajaran serta mempunyai keyakinan yang kuat untuk berjaya.
Beliau akan melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom pada September 2005 dalam bidang perubatan yang amat beliau minati. Pengajian beliau akan dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.
Beliau pernah terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Itali anjuran American Field Service pada 5 Disember 2004 sehingga 5 Februari 2005 dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mempelajari bahasa Itali serta menjadi duta kecil Malaysia di sana. Beliau juga terpilih antara 11 penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426 peringkat Kebangsaan dan juga merupakan Duta Akademik Berita Harian.
THERE ARE MORE HERE
-
THE Kenanga Wholesale City, which is earmarked for completion by early 2010, is poised to be a landmark hub for Kuala Lumpur's wholesale...
-
Nikah isteri ketiga Kuala Lumpur: Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, 49, selamat melangsungkan perkahwinan kali ketiganya bersama ana...
-
Keluarga sihat terdiri daripada ahli-ahli keluarga yang sihat dari segi fizikal, psikologi, sosial dan kerohanian Ciri-ciri keluarga sihat :...
-
Halang dedah maklumat sulit KUALA LUMPUR: Bekas Raja Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman kelmarin memfailkan saman di Mahkamah Tinggi...
-
" BILA nak berkahwin? ", " sampai bila mahu terus membujang? ", " bila lagi emak nak terima menantu? " dan pel...
-
KUALA LUMPUR: Sex education will be taught in all primary schools from Year One next year. Called social and reproductive health education, ...
-
PETALING JAYA: 15 barang harga terkawal akan disenarai di bawah skim kawalan harga musim perayaan Tahun Baru Cina berkuatkuasa dua atau tiga...
-
Resdung 1 Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk...
-
SHAH ALAM: Jenaka bersahaja dan meyakinkan membuatkan Man atau nama sebenarnya Abd Rahman dipilih menjadi juara Raja Lawak musim kelima (RL5...
-
SHAH ALAM: Seorang wanita memfailkan saman terhadap Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mahharul Ismail, dan tiga anggota keluargany...

