Showing posts with label laporan wikileaks dedah amerika menamakan dua firma malaysia terbabit rangkaian dikawal iran. Show all posts
Showing posts with label laporan wikileaks dedah amerika menamakan dua firma malaysia terbabit rangkaian dikawal iran. Show all posts

Friday, December 3, 2010

KDN nafi dua firma Malaysia beli teknologi peluru berpandu China

| Friday, December 3, 2010 | 0 comments

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri(KDN) menafikan pembabitan dua syarikat yang berpangkalan di Malaysia, yang dinamakan Amerika Syarikat (AS) sebagai firma yang dikawal oleh rangkaian Iran untuk membeli teknologi peluru berpandu dari China.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kedua-dua syarikat itu telah dipantau oleh pihak perisikan dan keselamatan Malaysia sejak 2008 dan tidak memberi ancaman kepada keselamatan negara.

Beliau berkata kedua-dua syarikat itu juga didapati tidak menjalankan kegiatan yang mencurigakan sepanjang tempoh pemantauan tersebut. "Jika kedua-dua syarikat tersebut melakukan kegiatan seperti didakwa sudah tentu mereka tidak akan berada dalam negara ketika maklumat itu didedahkan.

"Setakat ini kedua-dua syarikat itu memberikan kerjasama penuh kepada kementerian sejak pemantauan dijalankan pada 2008," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, di sini hari ini.

Hishammuddin diminta mengulas laporan akhbar dua hari lalu yang memetik laman web WikiLeaks yang mendedahkan Amerika Syarikat menamakan dua firma Malaysia terbabit dengan rangkaian yang dikawal oleh Iran untuk membeli teknologi peluru berpandu dari China.

WikiLeaks adalah sebuah laman web yang memberi maklumat dalam pelbagai perkara termasuk yang diklasifikasikan sulit dan rahsia besar sesebuah negara atau organisasi.

Hishammuddin juga menasihatkan rakyat agar tidak risau dengan keadaan keselamatan negara akibat pendedahan maklumat tersebut kerana semuanya masih terkawal.

Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar akan mencari jalan bagi memastikan keselamatan negara terjamin.

"Pembabitan semua pihak seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga diperlukan dalam siasatan seperti itu kerana melibatkan perkara yang merentasi sempadan," katanya.

Beliau berkata, pihak luar yang mendapat maklumat berkenaan sepatutnya bertanyakan ketepatan mengenai pembabitan dua syarikat itu kepada Malaysia terlebih dahulu.

Mengenai tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tidak bercadang mengikut langkah Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberi diskaun saman terhadap pesalah trafik, Hishammuddin berkata langkah itu tidak bercanggah dengan dasar kerajaan.

"JPJ mempunyai amalan tersendiri dalam menangani pesalah-pesalah trafik. Mereka yang melakukan kesalahan jalan raya tetap bersalah jadi janganlah nak kemukakan banyak alasan," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata cadangan untuk memendekkan tempoh penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) daripada 60 hari kepada 30 hari akan dikaji.

"Bagi meyakinkan rakyat bahawa kita adil dan telus, semua cadangan itu akan dibawa ke Parlimen nanti," katanya. - BERNAMA

Readmore..

KDN ada maklumat dua syarikat dikawal Iran

| | 0 comments



Kementerian mahu dapatkan kerjasama agensi perisikan luar

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai maklumat mengenai dua syarikat berpangkalan di Malaysia yang didakwa Amerika Syarikat (AS) sebagai firma yang dikawal oleh rangkaian Iran untuk membeli teknologi peluru berpandu dari China.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bagaimanapun berkata maklumat mengenainya tidak boleh didedahkan sehingga pihaknya mendapat pengesahan dan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan.

Oleh kerana implikasi laporan AS itu agak serius, ia akan ditangani menerusi pendekatan terbaik dengan mendapatkan kerjasama semua pihak terutama agensi risikan luar yang mempunyai hubungan erat dengan Malaysia.

Sebarang isu merentasi sempadan perlu juga membabitkan pihak lain seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Wisma Putra selain membabitkan dasar dan hubungan dua hala, pelbagai hala... semua itu perlu diambil kira sebelum kita membuat sesuatu pendirian dan kenyataan.

Kita tidak lagi boleh bekerja bersendirian, lebih-lebih lagi dalam dunia yang semakin sempit... tanpa sempadan, katanya di Lobi Parlimen, semalam.

Beliau mengulas laporan memetik Wikileaks sebagai berkata AS menamakan dua firma Malaysia terbabit dengan rangkaian yang dikawal oleh Iran untuk membeli teknologi peluru berpandu dari China.

AS pada Februari 2009 melalui pejabat kedutaannya di Beijing meminta China menyekat sebuah firma negara itu daripada menjual giroskop, satu elemen bagi peluru berpandu kepada Electronics Components Ltd yang berpejabat di Malaysia.

Wikileaks adalah sebuah laman web yang memberi maklumat dalam pelbagai perkara termasuk yang diklasifikasikan sulit dan rahsia besar sesebuah negara atau organisasi.

Hishammuddin berkata, setakat ini beliau belum menerima laporan terkini mengenai dua firma itu dan akan berbincang dengan polis dalam tempoh terdekat.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta meneliti mewujudkan jawatan jurucakap khas kepada Ketua Polis Negara untuk memberi maklumat kepada media dan orang ramai dalam kes berprofil tinggi.

Katanya, langkah itu dapat memastikan PDRM akan bertanggungjawab memastikan siasatan dijalankan dengan telus, kenyataan dikeluarkan tidak menjejaskan siasatan, di samping memastikan penjenayah yang didakwa di mahkamah mendapat hukuman setimpal bukti diperoleh.

Setiap hari polis mengendalikan kes sensasi yang jika tidak diuruskan dengan baik boleh menenggelamkan usaha lebih besar dilakukan pihak berkuasa dalam mengurangkan indeks jenayah.

Jika kes berprofil tinggi dijawab pegawai bawahan bukan dari Bukit Aman, mungkin media tidak akan berpuas hati. Ini pendekatan baru sebagai tambah nilai kepada pusat media yang dibuka di Bukit Aman baru-baru ini, katanya.

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com