
PUCHONG - Jika sebelum ini orang ramai yang kehilangan MyKad atau pasport perlu membuat laporan polis namun kini mereka tidak perlu berbuat demikian.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, mereka yang kehilangan kedua-dua dokumen itu hanya perlu ke Jabatan Imigresen atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat permohonan baru mulai 1 Mac lalu.
"Mengikut rekod sebanyak empat juta laporan polis telah dibuat sehingga hari ini.
"Kita tidak mahu lagi menyusahkan pihak polis dan mengambil inisiatif ini untuk membantu meringankan beban mereka," katanya selepas Majlis Penyerahan Pangkat Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di sini semalam.
Popular Posts
Monday, March 28, 2011
Tidak perlu lapor polis jika hilang MyKad
Friday, March 4, 2011
Ciri keselamatan MyKad akan dipertingkat

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini meneliti ciri-ciri pada MyKad bagi meningkatkan tahap keselamatan kad pengenalan pintar rakyat Malaysia itu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Alwi Ibrahim bagaimanapun menolak langkah itu berikutan wujud aktiviti pemalsuan MyKad yang dikesan pihak berkuasa. "Dari segi rekod, pemalsuan tidak banyak berlaku, tetapi kita hendak memastikan kualiti produk kita bertambah baik dari semasa ke semasa.
"Daripada kajian yang dilakukan juga, setakat ini memang tidak ada kes pihak-pihak tertentu memalsukan maklumat-maklumat tertentu di dalam cip pada MyKad," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau sebelum itu menerima lawatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diketuai Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.
Alwi berkata antara ciri yang diteliti ialah gambar pemilik MyKad yang mungkin akan menggunakan teknologi "laser engraving".
Bagaimanapun katanya, sebarang proses penambahbaikan pada MyKad akan diumumkan apabila tiba masanya.
Mengulas perkara berkaitan, beliau berkata langkah untuk mempertingkatkan kualiti dan ketahanan fizikal Mykad dengan menggunakan bahan "polycarbonate" (PC) sepenuhnya mulai tahun lalu telah dapat mengurangkan aduan permohonan gantian MyKad.
Katanya langkah itu juga tidak membabitkan sebarang penambahan kos oleh kerajaan.
Selain itu, JPN juga sedang berusaha mengatasi masalah kerosakan pada cip MyKad yang kadang kala berlaku selepas beberapa lama kad digunakan, katanya. - BERNAMA
THERE ARE MORE HERE
-
THE Kenanga Wholesale City, which is earmarked for completion by early 2010, is poised to be a landmark hub for Kuala Lumpur's wholesale...
-
Nikah isteri ketiga Kuala Lumpur: Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, 49, selamat melangsungkan perkahwinan kali ketiganya bersama ana...
-
Keluarga sihat terdiri daripada ahli-ahli keluarga yang sihat dari segi fizikal, psikologi, sosial dan kerohanian Ciri-ciri keluarga sihat :...
-
Resdung 1 Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk...
-
Halang dedah maklumat sulit KUALA LUMPUR: Bekas Raja Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman kelmarin memfailkan saman di Mahkamah Tinggi...
-
" BILA nak berkahwin? ", " sampai bila mahu terus membujang? ", " bila lagi emak nak terima menantu? " dan pel...
-
KUALA LUMPUR: Sex education will be taught in all primary schools from Year One next year. Called social and reproductive health education, ...
-
PETALING JAYA: 15 barang harga terkawal akan disenarai di bawah skim kawalan harga musim perayaan Tahun Baru Cina berkuatkuasa dua atau tiga...
-
SHAH ALAM: Jenaka bersahaja dan meyakinkan membuatkan Man atau nama sebenarnya Abd Rahman dipilih menjadi juara Raja Lawak musim kelima (RL5...
-
SHAH ALAM: Seorang wanita memfailkan saman terhadap Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mahharul Ismail, dan tiga anggota keluargany...

