Showing posts with label pembangunan di malaysia. Show all posts
Showing posts with label pembangunan di malaysia. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

Istana Negara kini di Jalan Duta

| Wednesday, November 16, 2011 | 0 comments



KUALA LUMPUR – Upacara pemindahan Istana Negara dari istana yang lama di Bukit Petaling ke istana yang baharu di Jalan Duta di sini dilakukan secara penuh istiadat di sini semalam.

Ia bermula dengan upacara menurunkan bendera peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di istana lama yang berusia 83 tahun di tepi Bukit Petaling kira-kira pukul 9 pagi.

Upacara yang dilakukan oleh sekumpulan 10 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) itu menandakan penutupan rasmi bangunan yang tersergam indah dan ditandai dua kubah emas itu.

Bendera itu kemudiannya diarak keluar dari kawasan istana pada pukul 9.15 pagi dan diserahkan kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil di hadapan pagar masuk istana dan dibawa ke Istana Negara yang baharu di Jalan Duta.

Tengku Farok Hussin kemudiannya mengarahkan Bentara Istana Negara, Rosli Asri mengunci pintu masuk utama istana lama menandakan segala tugas telah tamat di Istana Negara sebelum mengorak langkah ke Istana Negara yang baharu di Jalan Duta bagi istiadat menaikkan Bendera Peribadi Yang di-Pertuan Agong.

Kawalan itu dilaksanakan Batalion Pertama RAMD dan Skuadron Istiadat Berkuda melibatkan seramai tiga pegawai, 69 anggota lain-lain pangkat dan 12 ekor kuda.

Selepas itu, Istiadat Menaikkan Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di kompleks Istana Negara baharu bernilai kira-kira RM800 juta itu menandakan pemindahan rasmi tersebut.

Istiadat itu dimulakan dengan perbarisan oleh 52 anggota RAMD serta 12 Skuadron Istiadat Berkuda.

Readmore..

Saturday, September 10, 2011

Syarikat China labur RM900 juta di ECER

| Saturday, September 10, 2011 | 0 comments



SERI KEMBANGAN: Biro Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Luar Wenzhou yang berpangkalan di China akan melabur RM900 juta untuk menubuhkan satu taman perindustrian bersepadu yang terdiri daripada kemudahan logistik dan rumah gudang di Zon Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Kuantan, Pahang.

Menerusi pelaburan ini, Wenzhou akan mempunyai kompleks urus niaganya yang pertama di ECER, yang akan terletak di taman perindustrian bersepadu bagi menggalakkan lagi perdagangan dua hala.

Pembinaan taman perindustrian bersepadu itu dijadual bermula pada Jun tahun depan dan akan siap dalam tempoh 18 bulan.

Biro Kerjasama Ekonomi itu dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) hari ini bertukar-tukar dokumen bagi memformalisasikan rancangan pelaburan dalam zon khas itu dan disaksikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata, kedua-dua pihak turut bekerjasama untuk mengenal pasti bidang-bidang baharu kerjasama ekonomi yang boleh merancakkan pelaburan.

"Saya berharap pelaburan ini akan menarik syarikat-syarikat lain dari China untuk melabur di Kuantan dan bahagian-bahagian lain Pantai Timur," katanya.

Majlis itu adalah sebahagian daripada Persidangan Perdagangan dan Pelaburan Antarabangsa Malaysia-China 2011 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.
Persidangan itu dihadiri lebih 1,000 delegasi dari China, Dubai, Sri Lanka, Iran dan Jepun. Lebih 400 delegasi adalah dari China.

Mustapa menasihatkan syarikat China yang berminat untuk mengendalikan projek di Malaysia menggunakan perkhidmatan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Mustapa yang dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari China bulan depan berkata beliau akan membincangkan rancangan taman perindustrian seluas 55 kilometer persegi akan dibina di Wenzhou sebagai satu projek usaha sama antara syarikat Malaysia dan China.

"Fasa pertama projek itu dijangka siap pada tahun 2015. Cadangan untuk projek itu belum lagi dikemukakan," katanya.

Wenzhou yang juga dikenali sebagai "ibu negara perindustrian ringan China" menghasilkan 60 peratus daripada kasut di China dan mempunyai tapak kukuh dalam pembuatan pakaian.

Ia juga adalah pusat pembuatan utama untuk alat peranti elektrik, alat elektronik dan mesin ringan.

Wenzhou sudah mewujudkan pusat komersial di Brazil, Belanda, Emiriyah Arab Bersatu, Amerika Syarikat dan Jerman.

Di Malaysia, pusat perdagangannya terletak di Ipoh, Perak, sementara pusat perdagangannya di Senai, Johor, pada masa ini sedang dalam pembinaan.

Terdahulu, dalam majlis perasmian persidangan itu, Mustapa berkata MITI yang memberi fokus kepada Beijing dan Shanghai, sudah memperluaskan rangkaiannya di China meliputi wilayah Wenzhou, Yunnan dan Guangxi.

"Kita juga akan bekerjasama dengan persatuan Hainan, Hakka, Teochew, Fuchow dan Guangxi untuk membantu kita dalam kerjasama ini," katanya. - BERNAMA

Readmore..

Tuesday, May 24, 2011

Cadangan khidmat tren Seremban-Port Dickson dikaji: Kong

| Tuesday, May 24, 2011 | 0 comments


SEREMBAN: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata pihaknya sedia mengkaji cadangan kerajaan Negeri Sembilan untuk menghidupkan semula khidmat tren pelancongan Seremban-Port Dickson.

"Ia adalah cadangan yang baik... Kita perlu buat kajian dahulu kerana dahulu kita ada tren pelancongan (Eastern Orient Express) tetapi projek itu terhenti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Stesen Komuter Sungai Gadut di sini Selasa.

Beliau berkata, perkhidmatan keretapi seperti komuter, monorel dan LRT sudah semakin popular di negara ini dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak teragak-agak untuk memodenkan perkhidmatannya di samping menambah 38 lagi set tren komuter dari China.

Katanya, walaupun peningkatan tren sangat popular di kalangan masyarakat biasa, kementeriannya juga ingin tahu mengapa syarikat minyak yang mempunyai loji di Port Dickson dan Kerteh tidak lagi berminat menggunakan landasan keretapi untuk mengangkut bahan petrokimia mereka.

"Kita ada landasan keretapi yang digunakan oleh Petronas dari Kuantan ke Kerteh untuk pengangkutan bahan mentah mereka tetapi landasan ini tidak lagi diguna, kita akan kaji," katanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang sebelum ini mengemukakan cadangan pembukaan semula laluan rel Seremban-Port Dickson itu turut berharap Kerajaan Persekutuan dapat memaju dan membesarkan stesen kereta api bandar Seremban sejajar dengan langkah berkenaan. - BERNAMA

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com