Showing posts with label pemberian BR1M bukan rasuah. Show all posts
Showing posts with label pemberian BR1M bukan rasuah. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

BR1M: Mungkin naik RM1,000

| Saturday, February 16, 2013 | 0 comments


Pagoh: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 dan 4.0 yang akan diteruskan kerajaan mungkin dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000 untuk setiap keluarga yang layak. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Perdana Menteri sudah memberi jaminan BR1M akan diteruskan dengan syarat Barisan Nasional (BN) diberi mandat besar mentadbir negara pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. 



"Jika rezeki bertambah, RM500 (BR1M) ditambah jadi RM1,000. Habis... nak tolak BN, tolak rezekilah namanya," katanya pada penyampaian BR1M Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang di FELDA Sri Jaya, di sini, semalam. 


BR1M bantu rakyat 

Beliau berkata, BR1M sudah disalurkan sejak tahun lalu memberi manfaat kepada 4.2 juta isi rumah di seluruh negara, kini ditambah pula kepada 2.4 juta lagi generasi muda menerusi peruntukan kira-kira RM3 bilion. 

Ada yang kata, BN bagi kerana PRU tetapi sebenarnya kita bagi kerana ada keupayaan. Jika kerajaan tak ada duit, mintalah apa pun, tak boleh bagi, tetapi hasil negara dan cukai bertambah kini membolehkan kita bagi bantuan ini. 

Rakyat bertanya, adakah kerajaan akan meneruskan dasar ini, Perdana Menteri kata (sudah beri jaminan) jika ekonomi bagus, rakyat sokong kuat kerajaan dan ada dana, kita akan teruskan, katanya. 
Beliau berkata, BN sentiasa prihatin dalam membantu rakyat dan terbukti sebelum BR1M diperkenalkan lagi, banyak bantuan dan subsidi disalurkan kepada nelayan, petani, peniaga, pekebun kecil dan peneroka FELDA supaya dapat meringankan beban dan meningkatkan taraf hidup mereka. 


Ringan beban rakyat 

Muhyiddin berkata, Perdana Menteri memikirkan mengenai anak muda juga memerlukan bantuan, mendorong kerajaan memberikan rebat RM200 untuk memiliki telefon pintar yang akan diagihkan dalam tempoh terdekat. 

Semuanya dilakukan untuk menolong rakyat, itu tidak mengambil kira subsidi bernilai RM22 bilion setahun bagi mengurangkan beban rakyat. 

Namun, pembangkang masih kata kerajaan tak tolong hingga rakyat menderita hidup sengsara. Menghampiri PRU ini pembangkang semakin gemar melemparkan fitnah dan pembohongan serta membuat semua janji manis tetapi sebenarnya tidak dapat dilaksanakan, katanya. 

Hadir sama Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri; ADUN Bukit Serampang, Datuk Tahir Taat; ADUN Jorak, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh serta Pegawai Daerah Ledang, Ab Han Ramin.

Readmore..

Thursday, March 8, 2012

Pemberian BR1M bukan rasuah

| Thursday, March 8, 2012 | 0 comments



BERA - Pas yang mengeluarkan fatwa kononnya wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) itu 'rasuah' sebenarnya menghina umat Islam yang menerimanya termasuk anggota parti itu sendiri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pas tidak sepatutnya melabelkan bantuan itu sebagai rasuah kerana ia pemberian ikhlas kerajaan untuk membantu rakyat berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

"Jika BR1M itu dianggap rasuah, maka pelbagai bantuan kerajaan kepada rakyat sebelum ini, adakah itu rasuah juga?," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian BR1M kepada 480 penduduk Parlimen Bera di sini semalam.

Beliau turut kesal dengan dakwaan serta tuduhan parti itu kerana bantuan yang diberikan kepada rakyat negara ini tanpa mengira kaum dan latar belakang serta fahaman politik telah disalah anggap.

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com