Showing posts with label proton. Show all posts
Showing posts with label proton. Show all posts

Friday, February 1, 2013

Proton Saga FLX terima tiga bintang

| Friday, February 1, 2013 | 0 comments




Kuala Lumpur: Kereta sedan keluarga paling popular Malaysia, Proton Saga FLX diberikan pengiktirafan tiga bintang oleh Asean NCAP (Program Penilaian Kereta Baru) hasil keputusan ujian perlanggaran bahagian depan Asean NCAP pertama.

Ia diumumkan semalam sempena Hari Terbuka Asean NCAP yang diadakan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di makmal perlanggaran Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan di Melaka.

Pengerusi Eksekutif Proton Holdings Bhd Datuk Mohd Khamil Jamil berkata, kini sudah tiba masa untuk mengubah persepsi mengenai jenama Proton kerana ia adalah kereta yang berkualiti baik dan pada harga berpatutan.

“Arah baru Proton untuk meningkatkan lagi produk kami di semua peringkat jelas menunjukkan komitmen kami untuk menyediakan pelanggan kami dengan tahap perlindungan keselamatan yang tinggi.

“Pencapaian ini adalah bukti usaha memperbaiki kualiti kereta Proton dan model Saga FLX adalah kereta selamat yang lulus program penilaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa - Asean NCAP,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, Proton Saga FLX yang memiliki kemajuan teknikal dan ciri keselamatan tinggi, dikenali kerana prestasi, pemanduan dan pengendalian yang hebat.

Sejak diperkenalkan, Saga generasi baru sangat popular dan menerima pelbagai anugerah, termasuk memenangi anugerah seperti Kereta Sedan Kompak Nilai Terbaik NST dan Anugerah Sedan Kecil / Bersaiz Sederhana Terbaik Autocar Asean pada 2012.

Katanya, anugerah itu bukan hanya mengenai Proton, tetapi peranannya untuk meningkatkan lagi piawaian keselamatan industri kereta nasional.

“Sebagai syarikat kereta nasional, kami terus meningkatkan rangkaian produk kami untuk memenuhi keperluan pasaran hari ini dan ia tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa sokongan kerajaan dan badan-badan yang menyokong seperti MIROS,” katanya.

Readmore..

Tuesday, January 17, 2012

DRB-Hicom beli Proton RM3 billion

| Tuesday, January 17, 2012 | 0 comments




Konglomerat milik Syed Mokhtar kuasai pengeluar kereta nasional

KUALA LUMPUR: DRB-Hicom Bhd, konglomerat yang dimiliki usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dipilih untuk mengambilalih Proton Holdings Bhd (Proton Holdings) dalam satu janji niaga yang keseluruhannya dianggarkan bernilai lebih RM3 bilion.

Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dalam satu kenyataan semalam, mengumumkan penjualan 42.74 peratus kepentingannya dalam Proton Holdings kepada DRB-Hicom Bhd pada harga RM5.50 sesaham atau RM1.291 bilion.

Harga itu mewakili premium 6.2 peratus berbanding harga saham Proton Holdings pada penutup dagangan di Bursa Malaysia pada Jumaat lalu, sebanyak RM5.18 sesaham.
Selepas selesai proses jual beli berkenaan, DRB-Hicom akan membuat tawaran awam mandatori (MGO) bagi baki saham Proton Holdings yang masih belum dimilikinya.

Selain DRB-Hicom, Khazanah sebelum ini menerima tawaran pengambilalihan daripada Pengerusi Proton Holdings sendiri, iaitu Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh. Turut dikatakan membuat tawaran adalah Kumpulan Syarikat Naza (NAZA) dan kumpulan Tan Sri Arumugam Apavoo Packiri dan Gerald Lopez.

Walaupun harga MGO belum dimuktamadkan, namun Ketua Penyelidik OSK Research, Chris Eng menjangkakan DRB-Hicom akan membuat MGO pada harga pembeliannya, iaitu RM5.50 sesaham berikutan ia adalah paras harga tertinggi dalam janji niaga itu.

Mengambil kira kos bagi MGO itu, DRB-Hicom dijangka perlu membelanjakan lebih daripada RM3 bilion bagi pengambilalihan berkenaan. Selain Khazanah, pemegang saham utama lain Proton Holdings ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan pegangan 10.72 peratus dan PETRONAS (7.85 peratus).

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata penjualan pemilikan sayap pelaburan kerajaan itu dalam Proton Holdings kepada DRB-Hicom, diputuskan selepas proses penilaian terperinci bagi memastikan pemegang saham baru pengeluar kereta nasional itu mampu membawanya ke tahap pertumbuhan strategik seiring dengan aspirasi kerajaan meningkatkan lagi sektor automotif nasional.

Katanya, DRB-Hicom juga dikenal pasti sebagai pihak yang paling sesuai mengambilalih kepentingan Khazanah dalam Proton Holdings berdasarkan penilaian cadangan menyeluruh, selain menawarkan strategi perniagaan yang jelas dan boleh dilaksanakan.

Khazanah melaksanakan penilaian secara komprehensif terhadap cadangan yang diterima. Ia termasuk penilaian berdasarkan beberapa kriteria utama, iaitu keupayaan kewangan dan sumber melaksanakan pengambilalihan, sumber untuk meneruskan pelaburan dalam perniagaan, menggalakkan transformasi menyeluruh industri automotif Malaysia melalui Proton Holdings dan rantaian nilainya serta komitmen untuk mengekalkan integriti operasi Proton Holdings dan ekosistem industri.

“Komitmen ini penting kerana sebagai pengeluar kereta nasional, Proton Holdings mempunyai pengaruh dan kesan yang amat besar kepada keseluruhan rantaian nilai sektor automotif negara,” katanya.

Azman berkata, cadangan DRB-Hicom turut memperlihatkan kelebihan dan kewibawaan kumpulan itu dalam memiliki rangkaian perkongsian strategik dalam sektor automotif tempatan dan antarabangsa.

Readmore..

Thursday, September 15, 2011

Proton serah lapan kereta elektrik untuk pandu uji

| Thursday, September 15, 2011 | 0 comments


NAJIB bersama Dr. Mahathir menunjukkan isyarat bagus pada kereta Proton Saga EV pada majlis penyerahan kereta elektrik di Putrajaya semalam. Turut kelihatan Mohd. Nadzmi (kanan).

PUTRAJAYA - Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) semalam menyerahkan tiga unit model Saga 'Electric Vehicle' (EV) dan lima unit 'Range Extender Electric Vehicle' (REEV) bagi membantu kerajaan menilai potensi teknologi hijau dalam pembangunan sistem dan infrastruktur kenderaan elektrik dan hibrid di Malaysia.

Penyerahan kenderaan itu ialah kepada pejabat Perdana Menteri serta empat lagi kementerian iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan.

Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh menyerahkan kenderaan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menteri yang mewakili kementerian masing-masing pada majlis di sini semalam.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan Penasihat Proton.

Proton Saga EV merupakan sebuah kenderaan elektrik manakala Proton Exora REEV pula adalah sebuah kenderaan elektrik penambah jarak.

Readmore..

Saturday, August 6, 2011

Proton Raya Exclusive offers

| Saturday, August 6, 2011 | 0 comments

Readmore..

Thursday, December 30, 2010

Proton boleh berjaya di mana-mana jika mampu tembusi India

| Thursday, December 30, 2010 | 0 comments

KUALA NERANG, 29 Dis. - Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) boleh berjaya di mana-mana negara sekali pun sekiranya syarikat itu dapat menembusi pasaran kenderaan India, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Bagaimanapun katanya, Proton hendaklah terlebih dahulu meningkatkan kualiti dan meletakan harga yang menepati permintaan pasaran.

"Pasaran India sangat besar tetapi sengit kerana negara itu memiliki kenderaan berjenama sendiri dan murah. Sekiranya Proton dapat menembusi pasaran India, ia boleh berjaya di mana-mana negara sekali pun,” katanya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas melancarkan program “Gelombang Merah, Berani Berubah dan Pemimpin Bersama Rakyat” peringkat Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Nerang di sini hari ini, diminta mengulas cadangan Penasihat Proton Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya syarikat itu memasuki pasaran India, baru-baru ini.

Yang turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim.

"Ini lagi satu cabaran untuk Proton dan kita berharap syarikat negara ini dapat mencari rakan kongsi yang sanggup melabur dan menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan.”

"Faktor ini sangat penting kerana ia memberi impak signifikan dalam pasaran India,” katanya, sambil menyatakan penembusan pasaran negara itu boleh dimulakan dengan jumlah yang kecil dahulu. - Bernama

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com