
ALOR SETAR: Proton Holdings Bhd berjaya menjual 4,000 unit Proton Inspira di seluruh negara sejak dilancarkan pada November lalu.
Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata Proton Inspira yang juga model terbaru syarikat berkenaan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat negara ini.
Ketika ditemui pemberita selepas perasmian Festival Proton 1Malaysia di sini hari ini oleh Datuk Bandar Alor Setar Datuk Khazali Din, beliau berkata syarikat itu mempunyai perancangan masa depan untuk mengetengahkan model yang berkonsepkan Siri Pahlawan di pasaran negara ini.
"Kami namakan konsep ini berdasarkan kepada lima pahlawan yang termasyhur pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi," katanya.
Lima model Proton Siri Pahlawan itu dipamerkan bersempena dengan Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010 dari 3 hingga 12 Disember lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Syed Zainal Abidin berkata konsep ini dipilih untuk melambangkan imej pahlawan yang dikatakan kuat, sekali gus berupaya menggambarkan Proton semakin kukuh kedudukannya dalam usaha menghasilkan produk yang berkualiti kepada pelanggan.
"Kami sudah berjaya berada sampai ke tahap yang begitu baik sekali dan tahun ini sudah masuk tahun yang ke-25, Proton beroperasi. Siri pahlawan ini mampu memberi sinar baru kepada Proton dan membuktikan kegigihan kami kepada masyarakat luar," katanya.
Beliau berkata syarikat itu sedang membuat pertimbangan untuk memasarkan model berkonsepkan Hang Tuah dalam masa terdekat.
Pada Majlis Festival Proton 1Malaysia seramai 50 anak yatim dari Rumah Anak-anak Yatim Darul Aitam Wal Masakin di sini menerima sumbangan berupa wang tunai dan kelengkapan keperluan sekolah. - BERNAMA
Popular Posts
Sunday, December 19, 2010
Proton jual 4,000 unit Inspira sejak dilancar November
Thursday, November 4, 2010
PROTON Inspira janji kelainan

Sentuhan teknologi Lotus mampu mempertingkatkan ciri pemanduan
PROTON Inspira yang bakal dilancarkan 10 November ini, menawarkan pengalaman pemanduan berbeza berbanding Mitsubishi Lancer yang ada dalam pasaran ketika ini, terutama aspek keselesaan pengendalian berikutan sentuhan teknologi Lotus pada model itu.
Pengurus Projek PROTON Inspira PROTON Holdings Bhd (PROTON), Zulkiflee Bidin, berkata sentuhan teknologi Lotus itu mempertingkatkan ciri pemanduan dan pengendalian model berkenaan, sekali gus memberikan pemandu serta penumpang Inspira pengalaman memandu lebih menarik dan selesa.
“Mitsubishi Lancer yang ada di pasaran ketika ini adalah model yang dipasarkan untuk segmen tertentu, khususnya golongan muda yang sukakan kenderaan yang tegar dan sporty.
“Bagi Inspira, selain mengekalkan ciri tegar serta sporty, ia turut dibangunkan bagi memenuhi keperluan keluarga yang mahukan kereta selesa tetapi kualiti pemanduan kelas terbaik.
“Dengan menerapkan teknologi Lotus dalam pemanduan dan pengendalian, model sedan baru PROTON ini dijangka mampu memikat dan menarik perhatian semua golongan termasuk mereka yang berkeluarga,” katanya pada taklimat media ketika lawatan ke kilang pemasangan Inspira di Shah Alam, semalam.
PROTON Inspira dibangunkan bersama oleh PROTON dengan Mitsubishi Motor Corporation (MMC) dari Jepun menerusi kerjasama strategik baru antara syarikat berkenaan.
Menerusi kerjasama itu, MMC menawarkan model Lancer versi terkininya kepada PROTON untuk diubah suai dan dikeluarkan sebagai model PROTON.
Syarikat Jepun itu juga sebelum ini mengadakan kerjasama hampir sama dengan Peugeot yang mana model Outlander diubahsuai serta dikeluarkan sebagai model SUV syarikat Perancis itu.
Zulkiflee berkata, peningkatan pengendalian dan keselesaan pemanduan yang dilaksanakan PROTON itu mendapat pujian MMC apabila tiga juruteranya yang ditugaskan memantau pembangunan model itu, memberikan maklum balas positif selepas memandu uji Inspira.
“Meskipun hasrat PROTON untuk membuat beberapa perubahan kepada Inspira ditentang, namun selepas beberapa sesi penerangan dan ujian, mereka terkejut dengan peningkatan dibuat, sekali gus memuji usaha PROTON itu,” katanya.
Inspira yang setakat 3 Oktober lalu sudah menerima 1,500 unit tempahan, akan ditawarkan pada harga permulaan RM79,888 seunit.
Sebanyak 300 unit model Inspira yang ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter dan didatangkan dalam empat warna iaitu merah, hitam, perak dan putih itu, kini sedia untuk diserahkan kepada pembeli, manakala hampir 500 unit dalam peringkat pengeluaran akhir.
Friday, October 15, 2010
Proton Inspira

Price (unconfirmed)
1.8 Manual RM79,999
1.8 CVT (Auto) RM86,999
2.0 CVT Premium RM93,999
THERE ARE MORE HERE
-
THE Kenanga Wholesale City, which is earmarked for completion by early 2010, is poised to be a landmark hub for Kuala Lumpur's wholesale...
-
Nikah isteri ketiga Kuala Lumpur: Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, 49, selamat melangsungkan perkahwinan kali ketiganya bersama ana...
-
Keluarga sihat terdiri daripada ahli-ahli keluarga yang sihat dari segi fizikal, psikologi, sosial dan kerohanian Ciri-ciri keluarga sihat :...
-
Halang dedah maklumat sulit KUALA LUMPUR: Bekas Raja Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman kelmarin memfailkan saman di Mahkamah Tinggi...
-
" BILA nak berkahwin? ", " sampai bila mahu terus membujang? ", " bila lagi emak nak terima menantu? " dan pel...
-
KUALA LUMPUR: Sex education will be taught in all primary schools from Year One next year. Called social and reproductive health education, ...
-
PETALING JAYA: 15 barang harga terkawal akan disenarai di bawah skim kawalan harga musim perayaan Tahun Baru Cina berkuatkuasa dua atau tiga...
-
Resdung 1 Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk...
-
SHAH ALAM: Jenaka bersahaja dan meyakinkan membuatkan Man atau nama sebenarnya Abd Rahman dipilih menjadi juara Raja Lawak musim kelima (RL5...
-
SHAH ALAM: Seorang wanita memfailkan saman terhadap Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mahharul Ismail, dan tiga anggota keluargany...

