
6 OKT 2010: Hanya kerana populariti artis-artis dari Korea Selatan semakin memuncak dan menular di seluruh asia, majoriti kumpulan pop Korea wanita kini secara tidak langsung rekah menjadi ikon dalam bidang fesyen terutama sekali di kalangan gadis-gadis muda.
Hal ini terbukti apabila fesyen seluar pendek yang sering digayakan kebanyakan artis-artis ini turut menjadi ikutan di kalangan peminat mereka.
Bagaimanapun, kerajaan Thailand secara rasminya telah mengumumkan serta memberi amaran kepada semua rakyat jelatanya agar tidak berpakaian seluar pendek seperti artis wanita dari Korea Selatan ini.
Pengumuman tersebut telah pun dibuat pada pagi Selasa yang lalu iaitu pada 5 Oktober 2010 menerusi saluran berita MBC.
Dalam laporan TV itu, wakil kerajaan Thailand mengingatkan kebanyakan anak remaja perempuan supaya tidak terpengaruh dengan fesyen seluar pendek ini yang digelar stail Korea ini.
Apa yang menarik, larangan ini dibuat berikutan pakaian ini boleh menyebabkan meningkatnya penyakit demam denggi yang kronik di Thailand.
"Remaja yang memakai seluar pendek ini mudah digigit nyamuk aedes. Mereka perlulah memakai seluar panjang," ujar Menteri Kesihatan Thailand, Anutarasak.
Kenyataan ini turut dibuat berdasarkan laporan pesakit denggi di Thailand yang sudah mencecah 90, 000 orang pada tahun ini.
Popular Posts
Wednesday, October 6, 2010
Thailand Haramkan Seluar Pendek Artis Korea!
Posted by
Berita Sentral Semasa Terkini
at
Wednesday, October 06, 2010
|
Wednesday, October 6, 2010
|
0
comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
THERE ARE MORE HERE
-
WASHINGTON: Bekas pegawai CIA ditahan awal hari ini bagi menghadapi tuduhan membocorkan maklumat rahsia perisikan mengenai program senjata s...
-
Hari minggu tu hari, aku diajak mendengar satu presentation MLM. Apa yang aku agak berlaku, biasalah MLM ..tepuk! tepuk! Anda Hebat! Jadi ju...
-
DUBAI: Anggota keselamatan Bahrain meningkatkan kawalan dengan menambah pos sekatan jalan raya dan membuat rondaan selepas beberapa kumpulan...
-
Soalan APAKAH yang dimaksudkan dengan perlakuan zina? Jika lelaki memasukkan jarinya ke dalam kemaluan wanita adakah ia dikatakan perbuatan ...
-
BIG SALE! Booking Period : 23 May 2011 - 29 May 2011 Travel Period : 6 February 2012 - 20 June 2012 Travel Notes - Advanced boo...
-
JERLUN: Tindakan syarikat pengeluar kereta nasional negara, Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula 15,911 unit kereta model Gen2 dan ...
-
KOTA KINABALU: Dalam usia baru mencecah lapan tahun, seorang murid sekolah rendah di sini mungkin mencatat rekod perompak termuda di negara ...
-
Washington (CNN) -- President Barack Obama said Friday that talks between the Egyptian government and its political opponents were in the in...
-
IPOH: Kementerian Sumber Manusia akan membentangkan Akta Majlis Konsultasi Gaji Minimum Negara pada sesi Parlimen akan datang, kata menteri ...
0 comments:
Post a Comment