Saturday, October 9, 2010

Tindakan tarik Gen2, Neo tak jejas jualan PROTON

| Saturday, October 9, 2010 | 0 comments


TINDAKAN Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo dijangka hanya memberi kesan kecil terhadap jualan model keluaran, sebaliknya ia dilihat sebagai suatu langkah berani dalam menjamin keselamatan pelanggannya.

OSK Research Sdn Bhd berkata, dari segi jualan langkah itu tidak memberi kesan besar kepada keyakinan pengguna kerana sebelum ini, pengeluar kereta nasional itu juga pernah mengambil tindakan sama terhadap modelnya yang terdahulu.

“PROTON tidak menerima kesan negatif besar ketika memanggil semula 34,000 kereta Savvy susulan masalah galas roda yang boleh menyebabkan air memasuki tayar pada April 2008.

“Malah tindakan itu boleh disifatkan sebagai langkah terpuji pengeluar kereta nasional itu demi mengutamakan tahap keselamatan pengguna kenderaannya,” katanya dalam nota penyelidi-kannya semalam.

Kelmarin, PROTON membuat pengumuman panggilan semula sukarela terhadap Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan antara 2004 dan 2008.




Ia adalah sebahagian daripada program Jaminan Kualiti Global, membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual oleh PROTON dalam tempoh empat tahun.

Keyakinan firma penyelidikan ekuiti itu turut disandarkan kepada andaian bahawa dua model yang dipanggil semula itu adalah bukan model utama PROTON.
“Ketika Savvy dipanggil semula dulu, jualan PROTON kekal kukuh kerana ia bukan model teras kumpulan itu kerana jumlah jualan Savvy yang kecil, malah harga saham Proton juga tidak langsung terjejas pada masa itu.

“Dalam perkembangan terbaru, panggilan semula itu setakat ini terhad kepada dua model bukan teras. Walaupun kami tidak menolak ada kesan ke atas jualan Saga, Exora dan Pesona, namun kesan itu dijangka kecil,” katanya.

Harga saham PROTON susut empat sen atau 0.81 peratus kepada RM4.87 sesaham semalam setelah dibuka pada RM4.88 sen.

AmResearch Sdn Bhd berakta, model Gen2 dan Satria Neo hanya mewakili kira-kira empat peratus daripada purata jualan bulanan PROTON.

“Ia juga bukan sesuatu yang kerap berlaku terhadap syarikat itu. Malah pengeluar kereta terkemuka seperti Toyota dan Nissan juga pernah memanggil semula kereta keluarannya sepanjang tempoh 12 bulan lalu,” katanya.

MIDF Research pula berkata, dari segi pergerakan harga saham, pihaknya menjangkakan PROTON akan menerima reaksi negatif sementara akibat panggilan itu.

Walau begitu, katanya, penyusutan harga saham PROTON menyediakan peluang untuk membelinya pada paras lebih rendah.

Firma penyelidikan pasaran itu turut mengekalkan saranan "beli" ke atas saham Proton, dengan harga sasaran tidak berubah pada RM5.80 sesaham.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com