
PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam memperkenalkan program MyKid Ekspres yang dapat dikeluarkan dalam tempoh sejam berbanding 30 hari sebelum ini.
Buat permulaan, pengeluaran MyKid Ekspres itu terhad di Ibu Pejabat JPN di sini, sebelum diperluaskan di seluruh negara secara berperingkat tahun depan.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam, berkata MyKid Ekspres adalah inovasi kerajaan bagi meningkatkan kualiti penyampaian dalam perkhidmatan awam. “Sebelum ini MyKid kurang mendapat sambutan kerana tempoh masa yang lama untuk mengeluarkannya.
“Sekarang, MyKid dikeluarkan serentak dengan sijil kelahiran. Apabila ibu bapa memohon sijil kelahiran untuk pendaftaran kelahiran, pada masa itu juga kita mengeluarkan MyKid ini dalam tempoh hanya sejam,” katanya selepas melancarkan program MyKid Ekspres dan sambutan Hari Inovasi JPN, di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Pengarah JPN, Datuk Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Depoh, Datuk Mahmed Asri Yusof.
Sehingga kini, kira-kira 2.8 juta MyKid dikeluarkan di seluruh negara sejak diperkenalkan pada 2003 di Semenanjung dan Mei tahun lalu di Sabah dan Sarawak.
MyKid adalah kad pengenalan diri bercip yang dikeluarkan kepada bayi baru lahir dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang bertaraf warga negara ketika permohonan pendaftaran kelahiran.
Mykid yang mempunyai ciri keselamatan sama dengan MyKad, mengandungi aplikasi utama seperti maklumat JPN, maklumat kesihatan dan maklumat pendidikan.
Mahmood berkata, selain menjadi dokumen alternatif kepada sijil kelahiran, MyKid boleh dimanfaatkan sebagai kad bagi sistem kehadiran pelajar di sekolah, pendaftaran kemasukan sekolah, sistem profil murid serta sistem pendaftaran hospital.
Katanya, JPN juga sedang berusaha untuk mempercepatkan pengeluaran MyKad yang kini mengambil masa sehari.
"Sasaran Indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi JPN adalah memastikan MyKad boleh dikeluarkan dalam tempoh setengah jam. Mereka sedang berusaha untuk melakukannya," katanya.
Popular Posts
Wednesday, November 10, 2010
MyKid Ekspres siap dalam satu jam
Posted by
Berita Sentral Semasa Terkini
at
Wednesday, November 10, 2010
|
Wednesday, November 10, 2010
|
0
comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
THERE ARE MORE HERE
-
THE Kenanga Wholesale City, which is earmarked for completion by early 2010, is poised to be a landmark hub for Kuala Lumpur's wholesale...
-
Resdung 1 Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk...
-
FLORIDA: Elin Nordegren, bekas isteri Tiger Woods merancang melelong barang kemas berjumlah AS$2.5 (RM8 juta) yang diberikan bintang golf it...
-
LOS ANGELES: Bintang pop sensasi, Justin Bieber, terbabit dalam kemalangan ketika memandu kereta Ferrarinya di Los Angeles awal pagi tad...
-
Sebar guna SMS KUALA LUMPUR: Syarikat kosmetik dan kecantikan milik usahawan Bumiputera bakal mengalami kerugian berjuta-juta ringgit berik...
-
PUTRAJAYA: Ada artis tempatan dan pemilik restoran mewah beragama Islam yang menjadi pengusaha restoran enggan mendedahkan bahan dan ramuan ...
-
KUALA LUMPUR: Berbaki tiga hari lagi bergelar dara, pelakon Lisa Surihani masih mengamalkan pantang larang ‘darah manis’ apabila tidak berte...
-
KUALA LUMPUR - Selepas penglibatannya dibongkar media Jumaat lalu, mangsa-mangsa penipuan 'Datuk Kabi and family' mula tampil membua...
-
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tanggal esok 9 Januari 2012 ini, penghakiman kes Fitnah Liwat II akan termaktub dalam sejarah, s...
-
KUALA LUMPUR: Usaha Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menerusi usul pemotongan gaji sebanyak RM10 sebagai "hukuman" k...
0 comments:
Post a Comment