Tuesday, November 30, 2010

Saintis kanan Iran dibunuh

| Tuesday, November 30, 2010 | 0 comments

TEHERAN: Dua serangan bom di bandar raya ini semalam membunuh seorang saintis kanan nuklear Iran dan mencederakan seorang lagi.

Media kerajaan serta-merta menuduh ejen Israel bermotosikal meletakkan bom pada kereta kedua-dua saintis itu.

Majid Shahriari dan Fereydoon Abbasi Davani, yang terselamat dalam serangan berkenaan, adalah tokoh penting dalam program nuklear Iran yang didakwa Barat mempunyai tujuan ketenteraan.

Teheran menafikan tuduhan itu.

Serangan itu berlaku selepas kabel diplomatik yang didedahkan WikiLeaks Ahad lalu mendedahkan Raja Arab Saudi berulang kali menggesa Washington menggunakan tindakan ketenteraan terhadap program nuklear Teheran.

Ketua Polis Teheran, Hossein Sajedinia berkata, saintis itu diserang ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di dua kawasan berbeza di ibu negara itu oleh lelaki bermotosikal yang melekapkan bom pada tingkap kereta mereka.

“Dr Majid terbunuh dan isteri serta pemandunya cedera. Dr Fereydoon dan isterinya juga cedera,” kata Hossein.

Televisyen milik kerajaan menuduh ejen rejim Zionis bertanggungjawab terhadap kedua-dua serangan itu.

Kedua-dua saintis itu juga adalah profesor di Universiti Shahid Behesti, pusat pengajian berprestij di Teheran.

Kementerian Luar Israel enggan mengulas laporan itu.

Dr Majid bertanggungjawab terhadap satu daripada projek besar di Agensi Tenaga Atom Iran, kata Ketua Nuklear republik Islam itu, Ali Akbar Salehi.

Beliau juga adalah anggota SESAME, projek mengenai kerjasama nuklear di Asia Barat.

Fereydoon pula menjadi sasaran sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Mac 2007. Beliau dikenalpasti sebagai pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan saintis logistik tentera Iran.

Saintis berusia 52 tahun itu adalah antara beberapa pakar yang boleh mengasingkan ‘isotop’ dan menjadi anggota Pengawal Revolusi sejak revolusi Islam pada 1979.

Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab. - AFP

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com